Home Isu Semasa Bru ja Cat Tampil Mhon Maaf, Skali Danial Zaini Cabar Iqbal!- ‘Kalau...

Bru ja Cat Tampil Mhon Maaf, Skali Danial Zaini Cabar Iqbal!- ‘Kalau dia ter4sa, terpulang pada dia’

88
0

KEKECEWAAN yang diluahkan usahawan Ahmad Iqbal apabila kisah cintanya dijadikan bahan parodi di program MeleTOP tidak membuatkan pelawak Danial Zaini berasa perlu membuat permohonan maaf.

Danial atau nama sebenarnya Muhamad Danial Mohd Zaini berkata, dia hanya akan bertindak demikian sekiranya usahawan itu membuktikan hasrat berkahwin dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) bukan gimik bagi melariskan jualan mereka.

“Saya hanya akan mohon maaf kepada Iqbal selepas dia buktikan apa yang dia buat itu bukan semata-mata content untuk mar.keting busines dia.

1311800

Danial menjelaskan jalan cerita parodi itu berbeza dengan video Iqbal dengan Vida.

“Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf. Sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.

“Tak perlulah berlakon… sudah-sudah la tu. Kita hidup di zaman 2021, jadi jangan anggap semua orang tak tahu,” ujarnya kepada mStar.

Danial berkata demikian bagi mengulas luahan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal, 27, yang tersinggung dengan tin.dakan sege.lintir pihak mempersendakan niatnya mengahwini DSV.

Kata Iqbal, banyak content di media sosial termasuklah program televisyen menggunakan kontroversinya itu sebagai bahan hiburan dan je.na.ka.

Kalau dia te.rasa, itu terpulang kepada dia.

DANIAL ZAINI

PELAWAK

Malah, program hiburan MeleTOP juga tidak ketinggalan menyiarkan video parodi berkaitan kontroversi mereka.

VIDEO PARODI SEBELUM NI:

Menerusi video itu, Catriona Ross, Jihan Muse dan Danial Zaini dilihat melakonkan semula sebahagian aksi yang dimuat naik oleh Iqbal di Instagram sebelum ini.

Susulan luahan Iqbal itu, Catriona Ross tampil memohon maaf namun mena.fikan tud.uhan usahawan itu bahawa dirinya melakukan video tersebut disebabkan tawaran lumayan.

VIDEO CATRINA ROSE TAMPIL MOHON MAAF:

Sementara itu, Danial berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, malah mereka tidak menyebut nama mana-mana individu dalam video berkenaan.

“Soal parodi MeleTOP tu bagi saya, sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon untuk menjalankan tugas seperti yang diarahkan.

“Lagipun dalam parodi itu kami tidak menyebut nama mana-mana individu dan jalan cerita pun berbeza. Tapi kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia.

1311799 1

Kisah cinta Iqbal dan Vida menjadi tular sejak awal September lalu.

“Apa yang saya dan rakan lain buat hanya jalankan kerja sebagai pelakon sahaja,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Mstar via Utube/Utube 

Previous articleAbang ‘Pergi’ Blum Majlis Nikah, Stahun Bru Adk Kuatkn Diri Buka Hadiah Kahwin Pemberian Arwh, Rupanya…,- “Tekaan saya tepat”
Next article“First time ak dengar..” Rmai Kagum Bila Wanita Cina Ni ‘Review’ Van Jen4zah- ‘Satu hri kita kna naik jga kan!’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here