Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok neeeesh12, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Harneesh Kaur menceritakan pengalamannya untuk meminta pekerjaan di sesebuah cawangan terbesar iaitu ‘Tealive’, namun permintaan beliau telah ditolak kerana cawangan itu perlukan pekerja yang berbangsa Melayu sahaja serta seorang Muslim. Beliau mengatakan berasa terkedu apabila mendengar jawapan yang diberi oleh salah seorang pekerja ‘Tealive’ tersebut.
Selain itu, beliau juga telah membuat satu panggilan ‘customer service’ untuk bertanya mengenai apa yang dialami olehnya. Oleh itu, pekerja yang menjawab panggilan beliau mengatakan perkara sebegitu tidak ada di dalam senarai panduan mereka dan pekerjaan yang ditawar oleh mereka terbuka kepada orang ramai tidak kira bangsa dan agama. Harneesh juga mengatakan beliau terkejut apabila dilayan sebegitu kerana cawangan tersebut merupakan syarikat paling besar di Malaysia.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan mereka juga pernah mengalami perkara yang sama serta dilayan sebegitu oleh pekerja sesebuah cawangan ketika ingin meminta pekerjaan. Ada juga yang bersetuju dengan respon beliau dan berterima kasih kepadanya kerana menyuarakan isu ini. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 322.6K penonton, 32.2K sukaan dan 2801 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“For those of you who have had such experiences, I’m truly sorry that happened. Don’t be afraid to share your stories & @Tealive Asia don’t lah like this”
Baca lagi: Pekerja Boleh Buat Aduan Terhadap Majikan, Jika Gagal Bayar Gaji Pekerja Sehingga 7 Haribulan
Lihat klip durasi pendek wanita ini berkongsi pengalamannya meminta pekerjaan di cawangan Tealive:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Fallen 18: this has been happening over years not only in tealive outlets it is in many platforms as well glad u speaked about it
@Thiru Pura Sunthary Dorairajoo: Pls reveal which tealive. At least the Manager can teach her how to reply to customer
@Prabakaran Praba442: That is the reason talented people move to Singapore and other countries. Excellent open statement to wake up Company Owners. Ensure policies followed
@Vaitheshwary: hey so proud of you for speaking out. Its so sad this kinda stuff happens on jobs too. Last month, when i was finding a house for rent , .
@Cx3jebat: sokong n setuju… people now day mcm ni..my good frien indian, Chinese..we working together,eat together.. friendship kami sehingga sekarang.kenangan
@CURLrinting: It would be smarter to hire people of different backgrounds to handle a wide variety of customers & staffing during different holiday periods
@g.phaavvi_: Not only that.. they mentioned have vacancy and when we try to contact them.. at 1st they reply and collect all the details
@Murugan Kumarasamy: we are eligible for 7% ,in crucial economic is 10% pro rata!
@Marzuki Muhammad: To stop this happen in future..talk to manager and in your post..mentioned the location whether it happens…so that the rotten fruit is eliminated..
@Deepajaya: You have to make a complain about this branch manager so that other won’t experience the same
@user630925: well said friend keep going dont wait for them and you will get better then this jobs
@neelukutty@neelu2265: good girl nowdays all place like that not only tealive Watson guardian also have same issues keep going girl proud of u everybody must speak out
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram