Home Isu Semasa “Pening Kepala MB, Pagi-Pagi Nak Kena Check” -Netizen Puji Menteri Besar Johor...

“Pening Kepala MB, Pagi-Pagi Nak Kena Check” -Netizen Puji Menteri Besar Johor Datang Imigresen Secara Mengejut

194
0

Datuk Onn Hafiz bin Dato’ Ghazi merupakan seorang ahli politik dari Pertubuhan Kebangsaan Bersatu (UMNO) dan beliau juga merupakan Menteri Besar Johor ke-19 yang mengangkat sumpah pada 15 Mac 2022 di hadapan Sultan Johor. Beliau juga Ahli Dewan Negeri Johor untuk Manchap, bekas ADN Layang-Layang dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor (2020-2022) bawah pimpinan Datuk Seri Utama Hasni Mohammad.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Menteri Besar Johor iaitu Datuk Onn Hafiz telah datang lagi ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor secara mengejut. Seperti di dalam video klip ini beliau terdengar bunyi hon dari kesemua penunggang motosikal dan adanya laluan sesak. Beliau meminta pihak imigresen untuk melihat di laluan masuk, namun terdapat kenderaan besar ‘skylift’ telah menghalang laluan penunggang motosikal serta laluan tersebut ditutup. Menteri Besar juga meminta pihak atasan untuk mengalihkan kenderaan besar itu serta merta.

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, berterima kasih kepada Menteri Besar kerana mengambil tindakan dengan cepat serta datang melawat secara mengejut di Jabatan Imigresen Malaysia Johor. Ada juga segelintir netizen bersetuju dengan tindakan Menteri Besar tersebut dan meminta beliau untuk melawat beberapa Jabatan yang lain untuk periksa. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 132.1K penonton, 3300 sukaan dan 299 komen.

Baca lagi: “Lagi Masyuk Dari Jadi Menteri..” – KJ Dilantik Sebagai CEO JDT Selepas Dipecat Dari Umno

Baca lagi: “Dia Punya ‘Wau’ Pekat Betul..”- Berani Naikkan Suara Depan Anak Menteri, Hairul Azreen Curi Perhatian Netizen

Lihat klip durasi pendek Menteri Besar Johor datang di Imigresen untuk pemeriksaan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Pak janggut: Mana function ketua jabatan??pening kepala MB pagi2 nak kena check..

@muckkguyy: lpas yg YB pi jew, dlm semingu balik asal semula, YB kna dtng selalu buat sports check…

@bayannmeranti: baik ah Datok. Salute.will make improvement in near future. good for both countries

@Rose: MB kena pasang cctv untuk memerhatikan trafic selalu berjalan dengan lancar.

@Yusuf Ammar: terima kasih MB. …. biasa nya kalau bunyi kan hon semuanya buat x tahu je …. bila MB ada baru lah nak alih kan

@meyfa: pegawai tu macam tak ada serba salah ek jawab macam tu hahaha

@Juliana Qairina59: mmg mcm ni sejak azali .. moto jem keta apa lg.. tu mls nak drive pi seberang naik train jer x stress

@fa’izah: bagus betul dapat Menteri besar mcm ni ….bertanggung jawab ….betul2 buat keje ..turun padang terbaikkkk…

@Syean Mokhtar77_ Raja Haji: MB turun baru kelam kabut…Inilah sikap pengurusan kerajaan sambil lewa x fikir rakyat.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Aku Tak Tahu Panggilan Tu ‘Live’…” -Sekali Ini Respon Penerbit Eksekutif Siaran
Next article“Hampir 3 Jam Tersadai, Pelancong Pun Terpaksa Jalan Jauh Nak Pergi Ke Tandas” -Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here