Home Info Wanita Digantung Kerja, Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Beliau Buat Ramai Yang Tak...

Wanita Digantung Kerja, Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Beliau Buat Ramai Yang Tak Sangka

182
0

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sudah menggantung tugas seorang anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) selepas didakwa cuba menghalang pelawat daripada memasuki pejabat kerajaan di Pulau Pinang.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed mengatakan, tindakan yang diambil itu adalah di luar pengetahuan pengurusan dan anggota Rela itu bertindak bukan di bawah bidang kuasa kawalan keselamatannya.

Katanya, tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh Perkeso kepada anggota berkenaan untuk menghalang wanita yang memakai skirt itu daripada memasuki pejabatnya.

“Perkeso memandang serius isu tindakan luar jangka yang dilakukan oleh pengawal keselamatan berkenaan. Kami ingin menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan pihak pengurusan”

“Berikutan itu tindakan serta merta sudah diambil oleh pihak kami ke atas anggota Rela itu dengan meminta penjelasan dan arahan menggantung tugas sudah dikenakan berkuat kuasa semalam sehingga siasatan kes ini selesai”

Baca lagi: Tersalah Pakai Baju Isteri Pergi Solat Raya, Reaksi Lelaki Ini Pula Buat Ramai Yang Berdekah

Baca lagi: “Kesiannya Tak Ada Anak” -Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju

Screenshot 2023 07 01 222209
(Gambar hiasan)

Lihat juga video dibawah:

Sebelum ini media melaporkan peguam iaitu Ajit Singh Jessy mendakwa seorang pengawal keselamatan menghalang rakan sekerjanya yang ingin dikenali sebagai May daripada memasuki pejabat Perkeso.

Difahamkan, kehadiran May ke pejabat itu bagi mendaftar pembantu rumahnya dengan pertubuhan tersebut. Ajit Singh melaporkan, sebaik tiba mereka dihalang oleh pengawal di pintu masuk dengan alasan bahawa pakaian May adalah tidak sopan.

“Saya dan May tanya apa salah kerana skrit nya sehingga lutut. Dia kata peraturan harus sehingga paras kaki. Selepas berterusan mendesak untuk mengetahui apa yang tidak kena dengan skirt itu, dia jawap kali ini dia lepaskan dan selepas pada itu tidak boleh lagi”

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang

Previous articleLelaki Ini Menang RM28.9 Juta, Lihat Apa Yang Dilakukan Oleh Beliau
Next article“Masih kejar payment? Inilah bila musibat yang salah jadi Nahkoda…” – Sharnaaz Ahmad perli Penerbit Malaysia
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here