Home Viral “Kesiannya Tak Ada Anak” -Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju

“Kesiannya Tak Ada Anak” -Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju

218
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok kebebasandalamhidupku, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita memberi respon kepada beberapa orang ‘makcik’ yang sering bertanya mengenai zuriat dan berasa ‘kasihan’ kepada pasangan suami isteri yang belum ada rezeki untuk mendapat zuriat. Wanita ini mengatakan tidak perlu berasa kasihan kepada orang yang belum mendapat zuriat kerana mereka juga mempunyai banyak masa bersama dan tidak terlalu lelah untuk melayan anak-anak.

Beliau turut mendoakan semoga sesiapa sahaja yang diberikan zuriat akan menerima rezeki pada masa akan datang, dan dipermudahkan segala urusannya.

Screenshot 2023 07 01 161320

Netizen turut memberi komen yang positif diruangan komen, mengatakan apa yang dikatakan oleh wanita ini sememangnya betul dan membuatkan orang ramai bersetuju dengannya. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama, serta beberapa jawapan yang diberikan pada individu tersebut.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 170.2K penonton, 14.2K sukaan dan 1069 komen.

Baca lagi: Farah Lee Buat Pengumuman Anak Kedua, Ramai Sebak Lihat Perkongsian Nya

Baca lagi: Jep Sepahtu Cerita Hal Sebenar Mengenai Majlis Kahwin Shuib

Lihat klip durasi pendek respon wanita ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@EZZY RZYZ: Parents i cakap, anak ramai, rezeki byk. I balas balik, anak2 abah 5 org ni mcm melingkupkan abah je. Abah pon xleh tumpang senang , Terdiam dia

@S U R I A N I – OaT COoKiEs -: paling xsuka, org dtg nk pinjm duit, bila x bgi, kata ala xada anak mesti duit bnyak xada komitmen..

@itsmehada: Boleh merempit pergi jalan-2 bawa satu bag je.

@3kyn Ramli: kami nk bejalan xyah packing bag byk² ..kadang terus jln walau pegi sehelai sepinggang

@Aida suka masak: Kami anak 2 perempuan pon org kata tak mau anak laki plak ka. Depa ingt beranak mcm beli kt shopee boleh pilih2 jantina

@Syida : ada anak rezeki, takda anak pun rezeki. tapi cara yg berbeza. alhamdulillah Allah bagi sihat tubuh badan pun satu nikmat besar yg jarang kita syukuri.

@hyunamira: “Mesti rumah sunyi kan takdr ank. Kesian awk” huhu i i like the silent in my house

@Marnihamimi: Btoi..Kami yg x dak ank lagi ni p jalan,tiba2 rasa nk check in hotel walaupon sehelai spinggang pon x dak hal.Ap2 pon dr sgt mnghiburkan

@NrLnJh: kami bleh tido dgn aman dan mkn dgn knyang

@I L1485 You : sama mcm dah byk umur tp tak kawen2 lg. kami happy je kerja cri duit beli /mkn ape yg aku suke. tbe2 kata kesian msih sendiri ,hahaha

@Mohd Vira: Ye btol org lain jer sibuk hal kita mengelupur walhal kita ttp bhgia diorg plk lbh2

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleJep Sepahtu Cerita Hal Sebenar Mengenai Majlis Kahwin Shuib
Next articleRatusan Pekerja Waze Dibuang, Ini Sebabnya Kenapa
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here