Home Isu Semasa Zizi Kirana Hnya Bt Mjlis Ksyukuran ,Slepas Enam Blan Mndirikan Rmah...

[VIDEO] Zizi Kirana Hnya Bt Mjlis Ksyukuran ,Slepas Enam Blan Mndirikan Rmah Tngga “malu kami nak bersanding..,”

198
0

Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana mengadakan majlis resepsi Raikan Cinta Yusuf & Nur di kampung halaman suaminya Yusuf Bahrin yang terletak di Melaka, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 37 tahun itu memaklumkan acara tersebut lebih kepada majlis kesyukuran sekali gus menjawab persoalan ramai sebab mereka tidak bersanding di atas pelamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Bahrin (@yusuf_bahrin)

“Sebenarnya, kami lebih pada nak buat majlis kesyukuran dan santai saja. Jadi, kami mahu raikan dengan kaum keluarga dan rakan terdekat. Lagi pun, malu kami nak bersanding. 

“Dari awal lagi kami memang nak majlis ini santai, tetamu datang makan, berjumpa, bergambar dan dengar persembahan qasidah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

Zizi berkata, majlis berkenaan turut dihadiri keluarga kedua-dua pihak, rakan terdekat, anak tahfiz selain beberapa tetamu kenamaan (VIP) yang diiringi dengan persembahan qasidah.

“Pentas yang ada memang untuk qasidah. Selesai majlis, baru kami bergambar dengan keluarga di pentas,” ujarnya.

Penyanyi lagu EH itu berkata, dia mengakui ramai bertanya soal bersanding namun mereka memilih untuk melayani para tetamu yang hadir berbanding hanya duduk di atas pelamin.

“Masuk dewan kami terus duduk di meja makan beradab. Orang ingat terus ke pentas, tapi tak ada. Memang kami nak macam itu saja. Selalu dah naik pentas. Kali ini, nak lebih bermesra dengan tetamu kami.

“Sampai kumpulan qasidah pun terkejut dan tanya kami tak sanding ke?. Sebab pentas memang untuk mereka saja dan saya menyanyi pun di tepi saja,” kongsinya.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazela Mad Tahil berkahwin dengan Yusuf yang juga pelakon pada 18 September tahun lalu selepas hampir sebulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Instagram Yusuf BahrinShanell HarunSharhim Khan & myhmrap ,OhMyMedia

Previous article“Jdi itulh… sy brngan-angan dlu,” – Prcaya Msih Bnyak Prlu Bljr , Wany Hasrita Impi Jdi Hos Nona.
Next article“Btw suara dia best” – [VIDEO] Ramai Terkejut Tak Disangka-Sangka ,Sherry Ibrahim Di Sebalik ‘Si Merak’.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here