Home Viral Video Ruhainies dan Bella Astillah Yang Dimuat Naik Adik Mengejutkan Ramai

Video Ruhainies dan Bella Astillah Yang Dimuat Naik Adik Mengejutkan Ramai

244
0

SELEPAS rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan individu yang menyerupai Aliff Aziz dan Ruhainies tersebar, sebuah video yang menunjukkan keakraban aktres tersebut dengan Bella Astillah muncul.

Video berdurasi 44 saat itu dimuat naik oleh adik kepada Bella, Didi Astillah, menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

Tanpa kapsyen, isi kandungan video tersebut menunjukkan kemesraan Ruhainies dan Bella semasa menghadiri beberapa acara, termasuk kunjungan mereka ke sebuah pantai.

Tidak hanya itu, dalam video tersebut, Bella dan Ruhainies terlihat berkunjung ke Korea Selatan dengan mengenakan pakaian tradisional Hanbok.

Lebih menarik, rakaman Bella yang menopang Ruhainies dari belakang juga menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka sangat akrab sebelumnya.

Walaupun tujuan sebenar Didi memuat naik video tersebut tidak dapat dipastikan, ramai percaya ia sebagai jawapan kepada pertanyaan orang ramai tentang identiti pelakon wanita yang ditangkap bersama Aliff pada awal pagi Sabtu.

Sementara itu, ruang komen pada hantaran tersebut penuh dengan rasa kecewa terhadap tindakan Ruhainies yang dikritik kerana merosakkan rumah tangga rakannya sendiri.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleRakaman CCTV Individu Mirip Aliff Aziz dan Pelakon Wanita Tersebar
Next article“Konsert Paling Berbaloi..” – Peminat Puas Hati Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here