Home Viral Rakaman CCTV Individu Mirip Aliff Aziz dan Pelakon Wanita Tersebar

Rakaman CCTV Individu Mirip Aliff Aziz dan Pelakon Wanita Tersebar

227
0

KETIKA isu Aliff Aziz ditangkap kerana khalwat sedang hangat diperkatakan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mirip dengan pelakon dan penyanyi itu tersebar bersama aktres Ruhainies.

Kelibat kedua-dua pelakon tersebut dirakam ketika berada di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara.

Menerusi video bertarikh 25 Februari itu, kedua-dua mereka dilihat sedang berjalan dari lobi kondominium menuju ke bahagian lif.

Melihat pada klip video berkenaan, wanita yang mirip dengan Ruhainies seolah-olah sedar akan kehadiran CCTV di kawasan itu dan cuba menutup wajah dengan memakai baju hoodie berwarna putih.

Manakala Aliff yang memakai baju serba hitam turut mengenakan pelitup muka dan bertopi.

Penularan CCTV itu sekali gus mengaitkan Ruhainies sebagai pelakon wanita yang turut ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada awal pagi Sabtu.

Dalam pada itu, media turut melaporkan ahli keluarga Ruhainies turut berada di premis terbabit ketika operasi cegah maksiat dilakukan oleh Jawi.

Berdasarkan sumber, mereka dilihat berada di kondominium tersebut adalah kakak Ruhainies yang juga pelakon, Risteena Munim, bersama dua adik-beradik mereka yang lain.

Bagaimanapun, kesemua mereka beredar daripada premis tersebut selepas penguatkuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian. Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut dipanggil ke lokasi selepas pemiliknya enggan membuka pintu.

Pintu akhirnya dibuka selepas tiga jam penguatkuasa berada di situ, selepas pihak bomba mahu memecahkan pintu.

Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke pejabat Jawi menggunakan sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Dalam Buruk Dia, Banyak Kebaikan Yang Dia Buat..” – Ebby Yus Kongsi Syuk Sahar Banyak Membantu
Next articleVideo Ruhainies dan Bella Astillah Yang Dimuat Naik Adik Mengejutkan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here