Home Viral Ustaz Don Daniyal Akhirnya Jawab Dakwaan Sebar Hadis Tak Sahih

Ustaz Don Daniyal Akhirnya Jawab Dakwaan Sebar Hadis Tak Sahih

94
0

Hari ini, kita masih menantikan penjelasan daripada pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid, mengenai beberapa isu yang melibatkan ilmu yang dia ajarkan kepada umum.

Bagaimanapun, Ustaz Don dalam satu temu bual pernah menjawab isu ini dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk menyeleweng mana-mana pihak.

“Saya tidak pernah ada niat untuk menyeleweng rakyat Malaysia…”

“Ada sesetengah orang kata hadis tak sahih, terpulanglah. Bacaan dan buku dia kata tak sahih. Buku-buku dan ulama kita kata sahih…”

“Tiada masalah. Benda itu pegangan masing-masing. Kita tidak boleh suruh orang ikut pegangan kita dan mereka pun tak boleh suruh kita ambil pegangan mereka…”

Dalam pada itu, Ustaz Don turut memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha untuk menjadi guru yang baik kepada anak-anak di luar sana.

“Jadi, jangan takut sepertimana saya nak anak saya berjumpa dengan guru yang betul. Saya akan berusaha menjadi guru yang betul kepada anak-anak tuan-tuan…”

Sebelum ini, pihak RTM telah memaklumkan bahawa Ustaz Don akan direhatkan daripada program Salam Baitullah disebabkan kontroversi yang berlaku sehingga isu tersebut diselesaikan.

Sumber: Portal

Previous articleKanak-Kanak Termakan Khinzir Panggang Sebenarnya Pelajar Tahfiz Dalam Usaha Hafaz Al-Quran
Next article“Bye, ILUSM..” – Siti Nurhaliza Bermanja Dengan Dato K Di Panggilan Telefon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here