Home Viral Kanak-Kanak Termakan Khinzir Panggang Sebenarnya Pelajar Tahfiz Dalam Usaha Hafaz Al-Quran

Kanak-Kanak Termakan Khinzir Panggang Sebenarnya Pelajar Tahfiz Dalam Usaha Hafaz Al-Quran

72
0

Sebelum ini, Sinetron telah berkongsi kisah seorang kanak-kanak yang telah termakan daging khinzir panggang akibat kesilapan penghantar makanan. Walaupun mufti telah memaklumkan bahawa tidak berdosa memakan binatang itu kerana tidak tahu, terdapat pula kisah lain.

Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan, yang lebih dikenali sebagai Tokki, dalam satu perkongsian telah mendedahkan bahawa kanak-kanak tersebut adalah seorang pelajar tahfiz di madrasah dan sedang dalam usaha untuk menghafaz Al-Quran.

“Dalam keadaan ini pengguna itu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada syarikat penghantar namun adakah silap untuk pengguna yakin dengan syarikat terbabit?…”

“Perlukah pengguna mengelak daripada menggunakan perkhidmatan mereka kerana tidak bertanggungjawab soal ini…”

“Bagaimana perkara itu berlaku sedangkan pengguna memesan makanan dari restoran halal. Adakah penghantar makanan mengambil makanan dari dua restoran tanpa mengira status halal sehingga berlaku kesilapan…”

Tokki juga berpendapat bahawa syarikat penghantar makanan sebesar ini mampu melantik pegawai untuk memantau serta memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Sumber: Harian Metro

Previous article“Rindu Tak Pernah Padam Seorang Ayah Terhadap Satu-Satunya Anak Perempuan Yang Dia Ada..” – Ayah Arwah Siti Sarah Nyanyi Lagu Kesetiaan Buat Ramai Sebak
Next articleUstaz Don Daniyal Akhirnya Jawab Dakwaan Sebar Hadis Tak Sahih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here