Home Viral Tular Didakwa Harga Makanan Cekik Darah, sekali Pemilik Kedai Beri Penjelasan

Tular Didakwa Harga Makanan Cekik Darah, sekali Pemilik Kedai Beri Penjelasan

476
0

Pemilik kedai makan yang didakwa telah meletakkan harga “cekik darah” dan mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut di medan selera di Johor Bharu tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Menerusi hantaran anaknya di platform Facebook, wanita berkenaan menyatakan isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat datang bersama hampir 20 ahli keluarga yang lain ke kedainya.

Difahamkan, mereka datang ke gerai nombor 14 di sebuah medan selera tersebut pada petang Rabu.

“Makcik owner (pemilik) gerai nombor 14. Tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan…” – Pemilik Kedai

“Pada hari Sabtu 30 September, waktu petang, mereka telah datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak…” – Katanya

Sebelum ini, Ekin meluahkan rasa terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah restoran. Malah, dia juga berkongsi resit harga termasuk menyatakan dia hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu makanan laut lain.

“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang…” – Katanya

Bagaimanapun, pemilik kedai berkenaan memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin dan hampir 20 ahli keluarganya yang lain.

Menerusi perincian tersebut, Ekin dan keluarganya telah membuat pesanan seperti pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Facebook

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articlePernah Digosipkan Bercinta, Zizan Razak Jawab Isu Tidak Mahu Berlakon Bersama Mira Filzah
Next articleAyda Jebat Kongsi Rasa Tidak Selesa Perut Disentuh Makcik-Makcik – “Saya Sensitif Perut Diraba..”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here