Home Hiburan Ayda Jebat Kongsi Rasa Tidak Selesa Perut Disentuh Makcik-Makcik – “Saya Sensitif...

Ayda Jebat Kongsi Rasa Tidak Selesa Perut Disentuh Makcik-Makcik – “Saya Sensitif Perut Diraba..”

216
0

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang kini sedang hamil tujuh bulan meluahkan rasa kurang senang apabila perutnya dipegang oleh segelintir individu.

Menerusi halaman instagram, Ayda Jebat ada berkongsi satu gambar dirinya menunjukkan baby bump. Di ruangan kaption, dia berkata dia tidak kisah sekiranya peminat menyentuh bahagian tangan atau bahunya ketika mengajak bergambar bersama, namun tidak pada bahagian perutnya.

Menurut Ayda, sejak hamil, dirinya menjadi lebih sensitif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Pada Julai lalu, Ayda dan suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua.

Sementara itu, minggu lalu pasangan itu mengumumkan jantina anak kedua mereka adalah bayi lelaki dan dijangka bakal lahir pada hujung tahun ini.

Ada betulnya apa yang disampaikan Ayda Jebat tu. Kita sebagai orang luar jangan sesuka hati memegang perut ibu mengandung. Ada yang tidak kisah namun ada juga yang sensitif. Hal ini kerana sudah banyak kes-kes di mana orang ibu mengandung menjadi mangsa sihir.

Apa-apa pun, min doakan semoga Ayda Jebat selamat melahirkan anak kedua. Tak sabar min nak tengok anak Ayda, mesti comel kan…

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleTular Didakwa Harga Makanan Cekik Darah, sekali Pemilik Kedai Beri Penjelasan
Next article“Tak Kenal Maka Tak Cinta, Come And Meet Me First..” – Aina Abdul Jawab Isu Kekwat Dan Sombong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here