Home Uncategorized Tips Goreng Sosej Tak Kedut, Tak Kecut. Pasti Gebu Hasilnya!

Tips Goreng Sosej Tak Kedut, Tak Kecut. Pasti Gebu Hasilnya!

996
0

Korang perasan tak, selalunya sosej-sosej yang dijual digerai makanan ini cantik je. Elok je mulus, tegang, tidak menggelembung dan tidak kecut. Tapi kalau kita sendiri masak dirumah hasilnya tidak sama. Kebiasaanya sosej akan menjadi kecut selepas dimasak. Jika anda mengalami masalah yang sama, ini ada beberapa tips yang boleh anda praktikan dalam menyediakan sajian ini yang dikongsikan oleh rakan-rakan fb.

sosej gebu

Antaranya dengan merendam terlebih dahulu sosej dalam air panas mendidih selama 10-15 minit. Selepas itu toskan, panaskan minyak. Pastikan minyak banyak dan biarkan minyak betul-betul berasap. Kemudian masukkan sosej tadi goreng dalam masa 7 saat saja dan terus angkat toskan. Cara ini juga meyebabkan minyak kurang meresap ke dalam sosej.

tips

Ada juga tips lain yang dikongsikan rakan Fb, Fareez Amy Shafie yang juga merupakan katerer dan peniaga pasar malam berkata,

“untuk pastikan kulit sosej sentiase tegang mude remaja, jangan goreng gune minyak panas…bukak je api, terus masukkan sosej ke dalam minyak (bilas dulu sosej dengan air dan keringkan)… biar dia masak bersama minyak yang baru nak panas…timbul je da bolah angkat..pasti masak…sedikit berminyak tapi lepas toss minyak tu hilang la…hasil nya sosej yang gebu gebas montok dan bergetah dapat anda nikmati dengan berselera… Semoga bermanfaat..”

tips2

Ada juga tips yang lebih ringkas dan mudah iaitu panaskan pan dan letak sedikit sahaja minyak. Letak minyak hanya cukup untuk tak bagi sosej melekat dekat pan. Pasti hasilnya cantik nanti..

Ada juga tips yang lain daripada lain, “..Macam ni sis, nak bagi tak kecut.. goreng sosej tambah air sikit contoh setegah cawan + minyak dalam setengah cawan. Dia akan cantik tak kecut, Juice lagi. Jangan lama goreng dia 3 minit lebih kurang pun dah cukup..”

Haa, macam-macam tips dah orang bagi. Korang dekat rumah tu boleh lah mencuba. Cuba je semua, yang mana berjaya tu boleh lah terus amalkan. Harap dapat membantu…

Previous article“Sambung belajar pun kena bahan dah sekarang”- video anak muda tarik perhatian
Next articleAkibat Main Phone, Ibu Dan Adik Nyaris Eksiden

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here