Home Hiburan Tidak Peduli Rasa Malu, Kini Raja Afiq Bekerja Di Sebuah Bank. Sudah...

Tidak Peduli Rasa Malu, Kini Raja Afiq Bekerja Di Sebuah Bank. Sudah Setahun Tidak Terima Tawaran Berlakon

538
0

Raja Afiq merupakan pelakon lelaki yang agak terkenal suatu ketika dahulu. Banyak drama dan filem lakonannya yang menjadi trending membuatkan namanya dikenali peminat industri seni tanag air. Namun baru-baru ini, Raja Afiq memaklumkan yang dia kini mempunyai kerja tetap sebagai pekerja am di salah sebuah syarikat perbankan untuk menyara kehidupan.

Hal ini kerana dia sudah setahun tidak mendapat tawaran berlakon dan menolak tepi perasaan malu serta statusnya sebagai selebriti demi mencari nafkah buat keluarga.

Sebelum ini Raja Afiq pernah memuat naik posting di media sosial untuk meminta tawaran berlakon. Namun, ramai yang menyuruhnya mencari pekerjaan tanpa mengetahui bahawa dirinya telah melakukan pelbagai usaha untuk meneruskan hidup.

Menjawab tuduhan dikatakan terlalu meminta untuk kembali berlakon sehingga memuat naik di media sosial, Raja Afiq menyatakan yang dia hanya mengharapkan pekerjaan yang pernah dilakukan sebelum ini. Dia juga merasakan apa yang dilakukan bukanlah perkara meminta-minta kerana pekerjaan tersebut merupakan apa yang dilakukan sebelum ini

Raja Afiq juga mengakui bahawa awal-awal dia bekerja bidang lain dari berlakon memang ada perasaan malu. Namun, memikirkan dirinya yang mahu mencari rezeki halal buat keluarga, dia memilih untuk menurunkan ego dan terus berusaha mendapatkan pendapatan. Jelasnya, sampai bila mahu berasa malu dan menganggap apa yang dilalui kini sebagai cabaran dalam kehidupan.

Previous article“Sebelum Kahwin Dhabitah Sudah Berbincang Mengenai Pakaian Sukan Terjun..” – Jiggy
Next articleDiugut B*nuh Live Dengan Ira Kazar, sekali Tindakan Isteri Azlan Komeng Raih Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here