Home Viral Diugut B*nuh Live Dengan Ira Kazar, sekali Tindakan Isteri Azlan Komeng Raih...

Diugut B*nuh Live Dengan Ira Kazar, sekali Tindakan Isteri Azlan Komeng Raih Tumpuan Ramai

608
0

Baru-baru ini, beberapa keratan video live TikTok isteri pelakon Azlan Komeng dan isteri pengarah, Syamsul Yusof tular di platform tersebut.

Beberapa isu telah timbul sewaktu Nur Nilam dan Ira Kazar membuat live bersama hinggakan isteri pelakon itu diugut bunuh serta keselamatan diancam oleh sesetengah individu yang tidak menyukai Ira.

Susulan itu, Nilam telah membuat laporan polis dan memuat naik video bagi membersihkan namanya.

Dalam video itu, wanita terbabit memberitahu bahawa dia tidak menyokong Ira Kazar sebaliknya turut benci dengan individu yang ‘menyondol’ rumah tangga orang lain.

“Teruk sangat, saya kena ugut bunuh! Ada yang kata nak langgar saya dengan lori dan juga simbah asid. Saya tidak berpihak kepada dia pun..” – Isteri Azlan Komeng

Menurut Nilam lagi, isteri pengarah hebat itu hadir ke rumahnya kerana mahu belajar masak lauk Tomyam dan dia sebagai tuan rumah hanya menyantuni Ira sebagai tetamu.

Tambahan lagi, dia turut menghormati suami, Komeng yang merupakan abang angkat kepada Ira Kazar.

Lihat klip video di bawah:

@puan_nurnilamortiz_ Sebab aku yakin, everything happen for a reason, and I believe in God is always Good #nurnilamORTIZ #nilambebel #AkN💞 #AMK💞 #NN💞 #irakazar ♬ original sound – Puan Nilam

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleTidak Peduli Rasa Malu, Kini Raja Afiq Bekerja Di Sebuah Bank. Sudah Setahun Tidak Terima Tawaran Berlakon
Next articleTerkejut Harga Makanan Cecah RM1,260, sekali Isteri Mawi Dedah Kedai Makan “Cekik Darah”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here