Home Isu Semasa “Sebelum Kahwin Dhabitah Sudah Berbincang Mengenai Pakaian Sukan Terjun..” – Jiggy

“Sebelum Kahwin Dhabitah Sudah Berbincang Mengenai Pakaian Sukan Terjun..” – Jiggy

471
0

Dhabitah Sabri, penerjun negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia sudah tentu dikenali semua peminat sukan tanah air.

Bulan April lalu, Dhabitah selamat berkahwin dengan jejakan pilihannya iaitu Jiggy yang merupakan pelawak dan juga pengacara.

Menerusi laporan harian Metro, Jiggy menyatakan sebelum dia mendirikan rumah tangganya bersama isteri, Dhabitah Sabri, dia ada berbincang mengenai ketidakselesan isterinya mengenakan pakaian renang sewaktu beraksi dan dipertontonkan kepada umum.

Namun begitu Jiggy berkata dia akan sentiasa menyokong Dhabitah sekiranya ada pihak yang mengeluarkan format pakaian baru yang menutup aurat.

“Sebelum kahwin dia sudah ajak saya berbincang banyak perkara termasuk isu pemakaiannya dalam sukan terjun..”

“Sebelum kami ambil keputusan berkahwin, dia minta izin terlebih dulu untuk terus aktif sehingga Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat..”

“Namun, jika dia tidak diperlukan, dia akan berhenti awal. Tapi memandangkan pelapis baru pun masih dalam proses pencarian lagi, jadi dia masih berkhidmat..”

Menurut Jiggy, dia tidak mahu melayan segala komen negatif terhadap pemakaian isterinya yang sedang beraksi di Sukan Asia Hangzhou, China.

Dalam pada itu, pelawak itu menyatakan dia akan sentiasa menyokong dan memahami etika pemakaian isterinya, dimana Dhabitah perlu memakai pakaian baju renang sewaktu latihan ataupun perlawanan.

“Itu saja pakaian rasmi sukan untuk acara terjun. Kalau orang lain nak bercakap, saya tak boleh buat apa kerana mereka akan tetap mencari salah..”

“Selagi dia masih diperlukan untuk berkhidmat demi negara, saya akan sentiasa menyokong dan faham situasinya..”

“Pada awalnya saya tak benarkan Dhabitah sertai Sukan Asia kerana dia masih menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan pada Julai lalu..”

“Kalau ikutkan keadaan kesihatannya masih belum mengizinkan dia untuk beraksi tapi demi semangat untuk negara dia yakinkan dirinya mampu buat yang terbaik..”

“Alhamdulillah tak sangka kejayaan berpihak kepadanya. Orang boleh cakap kenapa hanya menang gangsa tapi untuk dia berada di situ pun adalah satu pencapaian besar..”

Previous articlePuteri Sarah Punca Yusof Haslam Tidak Rapat Dengan Ira Kazar? Sekali Ini Komen Yusof Haslam
Next articleTidak Peduli Rasa Malu, Kini Raja Afiq Bekerja Di Sebuah Bank. Sudah Setahun Tidak Terima Tawaran Berlakon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here