Home Hiburan “Ti Mesti Kau Tengah Senyum Sekarang…Shuib Dah Lunaskan Hasrat Kau Ti” –...

“Ti Mesti Kau Tengah Senyum Sekarang…Shuib Dah Lunaskan Hasrat Kau Ti” – Ibu Tiri Siti Sarah

104
0

Ibu tiri kepada Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi mengakui Allahy4rham sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Siti Fatimah berkata, Allahy4rham memang sangat mengagumi Raja Permaisuri Agong dan dan pernah berhasrat untuk menyerahkan tudung Loveta kepada baginda.

Hasrat tersebut akhirnya tercapai apabila Shuib meyerahkan sendiri tudung Loveta kepada Raja Permaisuri Agong ketika bertemu baginda di Tunku Azizah Golf Challenge 2022, baru-baru ini.

“Ti (panggilan Siti Sarah), mesti kau tengah senyum sekarang ini kan. Alhamdulillah Ya Allah. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong sudi menerima Loveta.

“Kalau arw4h ada mesti dia gembira sangat sekarang ini. Dia dah lama simpan hasrat nak bagi sendiri kat Raja Permaisuri Agong tapi tak kesampaian. Dia sangat mengagumi Raja Permaisuri.

“Ti, Shuib dah lunaskan hasrat kau Ti. Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan komen pada hantaran di muat naik Shuib di Instagram.

Sementara itu Shuib, berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong berkenan menerima pemberian tersebut.

Shuib berkata, pemberian itu adalah rasa terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pem3rgian isterinya pada Ogos tahun lalu.

“Berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah berkenan menerima pemberian Loveta ketika bertemu di Tunku Azizah Golf Challenge 2022.

“Pemberian ini juga adalah sebagai titipan rasa terima kasih saya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong yang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian isteri tercinta saya Siti Sarah pada tahun lalu.

“Selama ini, saya sangat kagum dengan Raja Permaisuri yang sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat. Pengalaman di Tunku Azizah Golf Challenge 2022 akan menjadi kenangan manis yang akan sentiasa tersemat dalam fikiran saya. Junjung kasih Raja Permaisuri Agong,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber: Gempak

Previous articleBergelar ibu selepas 6 tahun kahwin, 3 kali gvgur… wanita anggap anak hadiah terbaik, tak lupa kisah beg LV misi untuk hamil
Next article“Selamat Hari Jadi Ummi Bilal!,” – Neelofa Genap 33 Tahun, Ini Ucapan ‘Sweet’ Adik Beradiknya
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here