Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok muhd_fikri2, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki menyiarkan satu klip durasi pendek di mana beliau mengatakan rumahnya terbakar. Beliau juga mengatakan beliau sedang beri anaknya makan, dan secara tiba-tiba bilik di tingkat atas terbakar. Apa yang boleh dilihat di dalam video klip ini, bilik di tingkat atas telah hangus dan hampir kesemua barang terbakar.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan semoga beliau bertabah dan bersabar dengan dugaan yang menimpanya. Ada salah seorang netizen juga mengatakan beliau merupakan pekerja sebagai ‘wireman’, dan meminta pemilik rumah untuk membuat pemeriksaan pendawaian dengan orang ‘kompeten’ jika rumah mereka lebih daripada 10 tahun. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 924.5K penonton, 70.9K sukaan dan 1251 komen.
Baca lagi: “Jgn Beli Periuk Merapu-Rapu Ni Gengs,…”-Kucing Selamatkan Nyawa Wanita Dari Terbakar Rentung
Baca lagi: Kebakaran Yang Memusnahkan Rumah Dan Kenderaan Di Kota Samarahan
Lihat klip durasi pendek keadaan rumah beliau:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Sai_: maaf ye , ni utk pengajaran semua sy sebagai wireman nasihatkn rumah yg dh lebih 10tahun sila buat check pendawaian dgn org kompeten
@ziq: jangan sedih bang semoga dipermudahkan. Allah bagi ganjaran lagi besar
@Frinqz: prnh kne mcm ni Thun lps 2 hri sblum raya jgk cuma katil je la yg smpt terbakar…itupun kakak yg perasan sbb bau asap
@meteorameow: semoga Allah permudahkan urusan awk sekeluarga dunia akhirat…aamiin
@Kaka Coffee Gurl: insyallah apabila diuji ganjaran bsar akn dpt insyallah smoga baik baik saja
@ayongn9: Allahhhhh.. tulah bahaya lagi2 umah teres camni,, satu rumah boleh jadi banyak rumah yg kene.. smoga dipermudahkan sgala urusan tuan rumah
@aniza.aziz71: semoga tabah dgn dugaan ini ..in shaa Allah ..Allah akn ganti kan dgn yg lebih baik..
@Norita Muhpiz: Allahuakbar.. semoga dipermudahkan segala urusan abg sekeluarga.. dilimpahkan rezeki yg tidak disangka.. semoga tabah ye
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram