Beberapa individu mengakui bahawa pakaian semakin meningkat harganya berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, sehingga beberapa orang memilih untuk menggunakan semula pakaian lama kerana harga yang meningkat. Baru-baru ini, melalui satu video di TikTok yang dikongsikan oleh pengguna @abdulazimbinabdulillah, dia terkejut apabila menemui baju raya dijual dengan harga serendah RM5 di Mydin Meru Ipoh, tanpa termasuk seluar.
“Di Mydin hanya RM5 sahaja sehelai dah boleh pakai baju raya tahun ni, macam macam corak dan warna ada…”
Sementara itu, penyebaran video tersebut mendapat respons yang positif dari masyarakat, dengan kebanyakan mengucapkan terima kasih kepada Mydin kerana menjual pakaian dengan harga yang sangat terjangkau.
“Tiada lagi alasan untuk membeli baju raya pada tahun ini kerana Mydin telah menyediakan baju raya dengan harga yang berpatutan kepada anda di luar sana,” katanya menerusi video berdurasi 23 saat itu…”
Pengguna TikTok tersebut bagaimanapun tidak yakin sama ada pakaian tersebut dijual di semua cawangan Mydin atau tidak. Dia menjelaskan bahawa video tersebut bukanlah suatu ulasan yang dibayar, tetapi hanya satu perkongsian untuk manfaat orang ramai.
Lihat klip video di bawah:
@abdulazimbinabdulilah Alhamdulilah geng2 bapak2 awak dah ada baju raya modal tak kasar anak sekolah,awal ramadhan,raya pulak #ramadhan2024 #raya2024 #mydin #rakyat #ayah #fyp ♬ bunyi asal – 𝓕𝓑𝓖༺🅜🅐🅦🅐🅡༻ – ༺🅜🅐🅦🅐🅡༻🌹
Sumber: Tiktok
Perhatian: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.