Home Viral “Kami Tidak Berniat Untuk Mengkritik Reka Bentuk Rumah Dato’ Aliff Syukri…” –...

“Kami Tidak Berniat Untuk Mengkritik Reka Bentuk Rumah Dato’ Aliff Syukri…” – Pereka Dalaman

69
0

‎Pereka dalaman memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Aliff Syukri susulan sebuah video yang dimuat naik sebelum ini yang menyentuh kediaman usahawan tersebut.

Melalui hantaran yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Filla Ismail di laman TikToknya, dia tidak bermaksud untuk mengkritik atau mengeluarkan kenyataan berbau fitnah terhadap mana-mana individu termasuk Aliff Syukri.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam video tersebut, khususnya mengenai reka bentuk dalaman rumah Dato’ Sri Aliff Syukri bertujuan untuk ilustrasi semata-mata dan bukan untuk diambil sebagai kenyataan fakta…”

“Kami tidak pernah berniat untuk mengkritik atau membuat kenyataan fitnah terhadap sesiapa sahaja termasuk Dato’ Sri Aliff Syukri atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengan perkara itu…”

Sebagai lanjutan dari itu, sebagai tindakan untuk menjaga profesionalisme dan saling menghormati, dia juga meminta maaf kepada Ident3, pereka dalaman kediaman usahawan tersebut, atas kejadian tersebut.

Selain itu, pihaknya telah menghapuskan video tersebut dan sentiasa bersedia untuk bertemu secara peribadi dengan Aliff Syukri untuk membincangkan isu yang berlaku.

Lihat posting di bawah:
IMG 5717

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleTawar Baju Raya Bernilai RM5, Ramai Ucap Terima Kasih Mydin
Next article“Dia Tak Kosong..” – Ramai Tergamam Lihat Azri Walter Baca Ayat Alquran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here