Home Kehidupan “Tak Cukup Duit Nak Makan? CAKAP” – Peniaga Mknn Pemurah Bg Percuma...

“Tak Cukup Duit Nak Makan? CAKAP” – Peniaga Mknn Pemurah Bg Percuma Nasi Bajet

156
0

“Tak cukup duit nak makan? CAKAP. Sis boleh bagi nasi percuma. Jangan kais cari duit dalam poket, lepas tu letak balik nasi sebab tak cukup duit.

I cannot go la dengan situasi macam tu. I is mudah tersentuh hati. Setakat bagi 2-4 bungkus nasi bajet tu tak ruginya niaga sis.”

Baru-baru ini di twitter @NurulShima_3 tular sebuah posting yang telah dimuat naik di mana pemilik perniagaan Nasi Bajet tersebut menceritakan pengalaman dia ketika berniaga apabila terdapat pelanggan yang mahu membayar tapi terpaksa menyorok kerana sedang mengira duit syiling. Situasi tersebut membuatkan peniaga tersebut tersentuh hati dengan perkara tersebut.

“RM3.50 sebungkus pun, ada yg keluarkan plastik syiling sambil kira menyorok daripada kami. Mungkin malu sebab tak ada duit kertas nak bayar.

Ada yang tinggal duit nyawa ikan sampai hujung bulan. Selalunya saya bagi nasi percuma jer.

Saya tahu sebab saya rajin tanya kabar.”

Disebabkan itu, dia bermurah hati untuk memberi secara percuma kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

peniaganasibajet 1

Berikutan dengan posting yang dimuat naik tersebut, ramai rakyat Malaysia yang turut sama mahu menghulurkan duit serta bantuan bagi memberi makan kepada mereka yang memerlukan.

“You have a good heart and very nice handwriting hahahahahaha! I will sponsor some so that you can give to those who are in need. “

“If us nak donate & sis bgi pada yg memerlukan mcam mana ya mgkin follower sis ada yg nak membantu mereka”

“Sis pm no akaun sis. Saya nk bayaq berapa yg mampu. nanti sis sedekah je siapa yg terawal ke apa”

Kedai tersebut terletak di hadapan Surau Al-Falah, Seksyen 6 Lota Damansara. Bagi sesiapa yang mahu membeli Nasi Bajet akak tersebut bolehlah datang ke tempat tersebut. Kedai tersebut beroperasi pada pukul 5 petang setiap hari dan cuti pada hari Sabtu, ahad dan cuti am.

peniaganasibajet2 1

“murahnyaaaa kedai akak, kalau kat tempat saya ni 6 ringgit paling murah. Kitorang student ni kadang bior jelaa lapar dulu nanti malam baru makan haa”

Lihat juga komen warganet :

@MhiMilanista : Kak dia letak balik duit sebab tak leh bayar guna e wallet kot. Sy kadang2 pun lupa cash tak ada then malu nak tanya ada ewallet tak. Terus gerak gitu je kelaparan. Nak gi atm jauh.

@kaianuar : Saya doakan Allah sentiasa murahkan rezeki utk org mcm awak.

@XC_Nurulnad : Semoga niat baik ni Allah kurniakan sis rezeki yg melimpah & tak putus2. Semoga dipermudah segala urusan. Selamat maju jaya.

@ZanariahM : Semoga bisnes sis berjaya dengan jayanya & dimurahkan rezeki sis melimpah ruah!

@Sfarikullah : Pagi² baca tweet macam ni, seronoknya. Tq Sis atas budi baik membantu golongan yg memerlukan.
Semoga rezeki Sis melimpah ruah & di jauhkan dari segala bahaya

Rata-rata komen mendoakan supaya akak tersebut dimurahkan rezeki asbab daripada kebaikan yang dilakukannya.

Baca juga : Nasi Padprik Ayam & Daging antara Menu Rahmah – Bantu Mereka Yg Bajet Ciput

Baca juga :“Terpaksa Jual Kerepek kerana Nafkah 6 Ribu Tak Cukup”- Kisah Usahawan Jd Bualan

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter

Previous article“Pening Bomba Mahu Cari Air”- Kekurangan Air Di Sabah, Isu Berat Mohon Viralkan
Next articleNafkah bulanan Fatin Afeefa cecah 5 angka, Sekali ini respon suaminya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here