Home Semasa Nasi Padprik Ayam & Daging antara Menu Rahmah – Bantu Mereka Yg...

Nasi Padprik Ayam & Daging antara Menu Rahmah – Bantu Mereka Yg Bajet Ciput

112
0

Kerajaan akan memperkenal Menu Rahmah, iaitu hidangan makanan pada harga RM5 dan ke bawah, khusus untuk golongan miskin tegar tidak lama lagi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Menu ini dikhususkan kepada golongan miskin tegar yang memerlukan makanan siap masak pada harga munasabah,” katanya kepada pemberita selepas jelajah mesra dan pemeriksaan Ops Menu di Bangi 3 hari lepas.

Menerusi berita yang dikeluarkan baru-baru ini ada dinyatakan bahawa Nasi Padprik Ayam & Daging merupakan antara Menu RAHMAH yang berharga RM 5.

Menu RAHMAH adalah untuk membantu mereka yg bajet kurang untuk mengalas perut terutama bagi para mahasiswa yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu dan memerlukan mereka untuk berjimat cermat.

Lihat sedutan klip berita di bawah :

Lihat juga komen warganet :

@RoyAzman007 : Bukan mahasiswa je, aku yg dah kerja ni pun syukur gila kalau jadi menu ni. Hahaha..beli nasi pataya pun dah rm8 oiii. Nasi paprik lagi best dr pataya

@mohamadAfiQ : Alhamdulillah ..Kami sebagai warga pelajar amat setuju..

@blank : Nasi paprik kat area aku rm7. Untung sangat dah nasi paprik rm5 ni walaupun beza rm2 je. Ingatkan menu rahmah ni nak bagi nasi bujang je.

@jungledweller1 : Semenjak semua benda mahal, memang makan kat rumah ja. Ada menu ni, boleh la sekali sekala pi makan kat kedai.

@AryyChuah : satu inisiatif yang begitu hebat

Menu berkenaan tercetus menerusi sesi libat urus KPDN bersama pemain industri bagi mencari kaedah terbaik menangani isu kenaikan harga makanan dalam situasi ‘menang-menang’ bagi mengurangkan kos operasi serta menawarkan harga munasabah kepada pelanggan.

Baca juga : Ketahui Sebab-Sebab Sumbangan Tun Rahmah (STR) Lambat Masuk Ke Akaun Penerima

Baca juga : Mkn Masa, Respon Pemuda Ini Beri Kpda Polis Bantuan di Kawasan UiTM Tarik Perhatian Rmai

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter

Previous articleDato’ Seri Vida marah masih tiada calon suami, selalu datang kenduriĀ orangĀ sahaja
Next articleSeorang Kanak-Kanak Meninggal Dunia Terjatuh Dari Tingkat 11 Flat Rumahnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here