Home Kehidupan “Pening Bomba Mahu Cari Air”- Kekurangan Air Di Sabah, Isu Berat Mohon...

“Pening Bomba Mahu Cari Air”- Kekurangan Air Di Sabah, Isu Berat Mohon Viralkan

103
0

Masalah kekurangan air di Sabah sering menjadi buah mulut di kalangan rakyat di sana sehinggakan apabila berlaku masalah seperti kebakaran, pasti sukar bagi pihak penyelamat untuk mencari air di kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan kebakaran yang terjadi akan mudah merebak ke kedai-kedai yang berdekatan. Justeru perkara ini akan menyebabkan kerugian yang tinggi bagi peniaga-peniaga kecil yang lain.

“mana² perkampungan dekat Sabah 90℅ mmg xda di sdiakan Sumber air jika blaku kecemasan..”

Menerusi video yang dikongsi oleh @founder misi di tiktok, dapat dilihat kesukaran oleh rakyat di sana termasuk pihak bomba apabila berlakunya kes kebakaran di kawasan tersebut.

“Betul..di kg saya pernah tjadi kebakaran, dua buah rumah hagus tbakar tak boleh di selamatkan kerana tekan air tdk kuat, bomba marah sgt2.”

Berdasarkan komen salah seorang netizen juga ada mengatakan bahawa di kampung dia, isu masalah ketiadaan sumber air paip ini sudah 27 tahun berlaku namun masih tiada apa-apa perubahan.

“27 tahun suda saya hidup. Kpg saya blm ada sumber air paip lg. Boleh dtg kpg tgk sendiri.”

Lihat video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga apa komen warganet :

@XuuTuruuu : Mohon ketua kampung atau YB yg jaga kawasan tu . klau takde sumber air untuk bomba atleast bagi pemadam api 1 untk 1buah rumah .

@anaogi : masalahnya bukannya tiada pili bomba,,, masalah utamanya tiada bekalan air,,,kebykn kg masih harap air hujan dgn air perigi atau sungai,,,

@SKO_Capsulessko : kerajaan mana fikir penting. yg mrk fikir pentingkan pocket dan keluarganya utk tambah kekayaan. kita harap kerajaan baru ni lebih baik dr sblmnya

@mark jose : bab pili bomba ni, rasa kt kmpg2 semenanjung pn ada yg xdpt pili lagi

@hazaalang : Semua rakyat buat sendiri…apa la guna mengundi

Baca juga : “Jeti Roboh Di Sabah Ketika Guru Dan Murid Nak Ke Sekolah”-Moga Allah Balas Jihad Pengorbanan Mereka Semua

Baca juga : “musim claim insurance kebakaran agaknya”- beberapa gerai makanan musnah

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleTerkejut ada kulat cendawan dalam roti Zus Coffee selepas anak sudah makan separuh
Next article“Tak Cukup Duit Nak Makan? CAKAP” – Peniaga Mknn Pemurah Bg Percuma Nasi Bajet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here