Home Hiburan “Tahniah, Awak Mmg Lelaki Limited Edition”-Layanan Hafiz Mahamad Terhadap Isterinya Jd Perhatian

“Tahniah, Awak Mmg Lelaki Limited Edition”-Layanan Hafiz Mahamad Terhadap Isterinya Jd Perhatian

222
0

Semalam menerusi Anugerah Gempak Most Wanted yang dianjurkan, Hafiz Mahamad, telah dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Gempak Most Wanted 2022, sekali gus bergelar individu paling berpengaruh di media sosial. Meraih jumlah undian tertinggi iaitu 125,288, Hafiz membawa pulang trofi dan mata ganjaran McDonald’s. Selain kemenangan tersebut, Hafiz turut membawa pulang trofi Anugerah Digital Influencer Tergempak 2022, menewaskan calon lain iaitu Nelysa Norazlan, Imran Bard, Ceddy Ang dan Azfar Heri.

Baca juga : “Muka Macam Tak Happy Je..” – Reaksi Hafiz Mahamad Berubah Apabila Dapat Hadiah Kereta ‘Ferrari’

Baca juga : “Malu Sangat Rasa Bila Letak Nama & Ayat Selalu Saya Guna” – Hafiz Mahamad Tersentuh Lihat Perkembangan Masjid Di Kampungnya

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hafiz Mahamad di media sosial tiktok dan instagram, dapat dilihat dia menaiki pentas bersama isterinya iaitu Aainaa yang juga seorang pengasas produk kecantikan Aainaa Skincare. Video tersebut telah meraih rasa kagum netizen terhadap Hafiz Mahamad yang mana Hafiz sentiasa mendahulukan isterinya dalam segala perkara. Rata-rata netizen berasa kagum dengan layanan Hafiz Mahamad terhadap isterinya itu.

“Apa lh amalan kak aina sampai dapat suami yang sangat sangat baik?”

“Tahniah.Awak mmg lelaki limited edition.Bos terbaik dan suami terhebat di samping isteri yg hebat juga. Teruskan perjuangan kejayaan demi kebahagiaan.”

“Ya allah dia trlalu menghargai isteri dia. impian semua wanita “

Lihat video penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga apa komen netizen :

@sayank Muhammad : kau ada lah lelaki hebat..betul lah kata kau rezeki itu datang nya dari istri …

@atikafoo : terharu betul tgk hafiz layan aina lebih dr segala2 nya… pasangan yang patut di contohi dr dulu smpai skrg..

@S.C : Allah. simpankan satu lelaki semacam ini buat kami perempuan yg ingin dibimbingg ke jalanNya

@user5833286096057 : Alhamdulillah, tahniah buat hafiz dn isteri..smg Allah sentiasa merahmati awak dn keluarga..

@Hidad : definisi seorang “suami murah rezeki”. mmg ramai suami kat luar sana yg melebihkan anak isteri tapi xditunjuk contoh di khalayak mcm HM beri tauladan

Gempak Most Wanted Awards 2022 merupakan anugerah pertama yang mengangkat dan meraikan bukan hanya selebriti, tetapi juga pencipta kandungan serta selebriti media sosial di negara ini. Gempak Most Wanted 2022 dihoskan Elly Mazlein, Radin, Amelia Henderson dan Sean Lee.Persembahan hebat turut mewarnai pentas anugerah menampilkan The Gadys, Dolla, Sara Sisters, Misha Omar, Marsha Milan, Namie, Khai Bahar, DeFam, Nabila Razali, Bunkface dan ramai lagi.

Gempak Most Wanted Awards 2022 dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleIni 10 Petanda Rumah Anda Didatangi ‘Tetamu Yang Tidak Diundang’
Next article“Satu Dalam Sejuta Perempuan Macamni..” – Sedia Terima Kekurangan, Pengantin Wanita Dipuji Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here