Home Isu Semasa “Muka Macam Tak Happy Je..” – Reaksi Hafiz Mahamad Berubah Apabila Dapat...

“Muka Macam Tak Happy Je..” – Reaksi Hafiz Mahamad Berubah Apabila Dapat Hadiah Kereta ‘Ferrari’

171
0

Menerusi halaman tiktok, tular satu video kongsian Syafiqah Aina iaitu isteri kepada pengasas Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad. Dalam klip video tersebut, dapat dilihat yang Aina menghadiahkan sebuah kereta Ferrari kepada suami kesayangannya. Netizen merasakan cukup gembira melihat video itu dan mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka. Namun, di ruangan komen ada juga yang berkata muka Hafiz Mahamad tampak seperti tidak bahagia dengan hadiah tersebut. Kata mereka, mungkin Hafiz merasakan pembelian tersebut merupakan suatu pembaziran dan wang yang sebanyak itu lebih baik disalurkan kearah kebaikan seperti yang selalu dilakukannya sebelum ini

Klip video tersebut mencecah sebanyak 1 juta tontonan dan 100 ribu sukaan. Ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang mengucapkan tahniah dan berkata mereka layak mendapat kejayaan sedemikian dek kerana jasa baik mereka yang banyak membantu orang dalam kesusahan.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Mrsadibah:Hafiz bukan tak happy tp dia sayu pun ye.. dia hanya menumpang rezeki isteri dan anak2 katanya.. dia rasa mcm (arghh) tak tau nak describe mcm mana..

@Ellia Saheba || 🦋:Faham sgt hafiz ni dia takut mmbazir pd diri dia. Mmbazir pd org lain tkpa. Dia bukan tk happy, tp dia fikir apa lg dia blh tlg org.

@Aiman Joe 🔧🔧:klau tgk jenis hafiz nie dia bkn sorg yg suka pkai kete mewah..dia mcm sorg yg humble jer..

@erinzakariya:baru first time rasanya dia habis kan duit untuk diri sndiri , selama ni semua untuk orang , semoga dimurahkan lagi rezeki 🙏🏻

@Cik_fyna:Abg hafiz u deserve it ! Trima kasih sntiasa mmbantu org yg mmerlukan.. Now your turn 🥰❤️

@abeweaATV:so inpired usaha kamu berdua nie….tahniahhhhh

@dmi ank2 ku:taniah bang dan akk …doa kan kami kak dlm ujian gan ank2 klpran smpi skit2 ank gan motor rosak ank x dpt skolh sedih sgt

@Aishnaa:alhamdulillah… teringin nk jumpe abg hafiz nie.. sye suke dngar die bercakap

@DADDY_AKMAL🇲🇾:nampak muke hafiz penat sangat tuh..moga makin bertambah rezeki ,sihat selalu dan bahagia selalu hafiz sekeluarga..

@Aufa_Akashah:mashaAllah. tahniah. semoga bertambah maju dan teruskan membantu orang yang memerlukan🥰

@Mohd Amirul:moga kita semua dimurahkan rezeki seperti mana hafiz gn aina..hmm..mmg teringin sgt..skrg ni hnya mampu melihat ja

@Cikfarahrazak:Ainaaa , hafizzz Happy tu , tapi dia speechlesss , n dia xsngka dapat hadiah mcm tu dri awak , hihi

Tahniah Hafiz Mahamad atas hadiah yang diterima oleh isteri yang tersayang. Min bangga dapat lihat usahawan melayu yang berjaya macamni. Moga terus maju jaya dan dapat membantu lebih ramai orang di masa akan datang.

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Naik la siapa pun, drama sama je…” – Rakyat risau melihat kes Covid-19 di China naik mendadak
Next article“Shell memang guna payung pasar malam ke…” – Bumbung Shell bergoyang setelah dilanggar lori treler

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here