Home Hiburan “Susah untuk saya berikan kata putus…” – Lisa Surihani buat kenyataan mengejut

“Susah untuk saya berikan kata putus…” – Lisa Surihani buat kenyataan mengejut

626
0

Pelakon dan pengacara Datin Lisa Surihani tidak mampu memberikan kata putus sama ada dia benar-benar sudah berehat daripada dunia lakonan atau tidak.

Bersyukur sangat

Ketika ditemui OhBulan!, Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed, 37, berkata dia bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan Tuhan selama bergelar anak seni.

Malah, Lisa percaya setiap tawaran yang diterima sudah diaturkan dengan baik serta mempunyai hikmah daripada Tuhan.

Susah untuk berikan kenyataan berkenaan soalan begini (berehat berlakon). Seolah-olah memberikan kata putus atau titik noktah kepada kerjaya seni saya, sangat susah.

Untuk katakan rindu pada lakonan atau tidak, saya hanya bersyukur dengan keadaan sekarang.

Pasang surut tentang tawaran berlakon, semua sudah ditetapkan oleh Allah, segala yang terjadi ada sebab dan hikmah.

Bagi saya, bersyukur seadanya, rezeki saya serah kepada Allah. Apa yang saya doakan adalah setiap rezeki yang diterima adalah daripada sumber yang halal.

Lisa berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran program Innovathon yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu berdoa agar setiap tawaran kerja yang diterima menjadikan dia seorang manusia yang lebih baik.

photo 2023 07 12 20 41 29

Sudah pasti, rezeki tersebut menjadikan saya manusia yang lebih, kerja-kerja yang sentiasa ingatkan saya dengan Allah.

Allah banyak dah bagi saya macam-macam sebenarnya. Saya tak mahu nangis bercakap tentang ini (nikmat syukur). Terima kasih sangat.

Nak kata rindu dengan berlakon seolah saya tak bersyukur dengan keadaan sekarang. Saya sangat bersyukur di mana saya ada ketika ini.

Lihat apa kata orang ramai:

@fanzz_21: X payah buat comeback lah kak lisa..alhamdulillah sejuk hati bile tgk kak lisa berubah ke arah islamiyah….moga allah kekalkan dan istiqomahkan kak lisa sentiasa di jln yg kak lisa pilih skrg ni

@nrfrtsh_: Entahlah, tapi Lisa ni lah yang mewarnai hidup aku dulu. Bila tengok dia yang sekarang, automatik terkenang zaman sekolah dulu. Lagenda budak setan, semerah cinta stiletto, instanbul aku datang, papa iloveyou, eh banyak lah😭 just love her vibe

@ryO.saeba: Waktu zaman dia dulu tahun2 2010 lebih kurang, Lisa lah paling lawa. Pelakon sekarang xboleh lawan si Lisa ni. Pergi tengok cerita dia, sumpah lawa gila. Kadang2 natural tanpa mekap

@bnps: Bagus kalau dah tak nak berlakon atau nyanyi

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram

Previous articleSuara Masih Maintain Seperti Dulu, Nyanyian Safura Ya’cob Buat Ramai Terimbau Kenangan Lalu
Next article“Saya tak halalkan…” – Anak Mona Fandey sedih ada pihak cuba dedahkan Wajahnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here