Home Viral Sudah Lama Tahan, sekali Ayat Zarina Zainuddin Sekolahkan ND Lala Mengejutkan ramai

Sudah Lama Tahan, sekali Ayat Zarina Zainuddin Sekolahkan ND Lala Mengejutkan ramai

416
0

Sedia maklum, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah memaklumka di Instagram bahawa suaminya, ND Lala telah pun melafazkan talak melalui aplikasi WhatsApp.

Isu tersebut bukan saja meraih perhatian netizen, malah pelakon Zarina Zainuddin turut meninggalkan respon dengan menitip kata-kata semangat buat Fauziah.

Dalam pada masa yang sama, Zarina turut mendoakan agar ibu Shila Amzah bahagia bersama anak-anak.

photo 2023 08 14 16 07 49

Sekadar info, Fauziah membuat pengakuan pada pihak media bahawa dirinya digantung tidak bertali sejak tahun 2022 oleh ND Lala, bahkan sudah rasa tidak dihargai sejak 10 tahun kebelakang.

Ibu bapa Shila Amzah, ND Lala, Fauziah sah bercerai

Selepas 34 mendirikan rumah tangga, ibu kepada Shila Amzah, Datin Fauziah Sarman mengesahkan telah diceraikan suaminya, Datuk ND Lala pada 2 Ogos lalu.

Pendedahan itu dikongsikan menerusi Instagram yang dikatakan memberi kelegaan buatnya apabila kemelut dalam perkahwinan mereka berakhir biarpun perkara tersebut hanya dimaklumkan kepadanya menerusi WhatsApp semalam.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

“Bagi perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp,” katanya.

Ibu kepada empat anak itu juga berlapang dada menerima ketentuan Allah selain berharap dapat menjalani kehidupan lebih baik selepas ini.

“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini.

“Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-Allah.

Menurut Fauziah lagi, status diri serta berkenaan perceraian mereka perlu didedahkan agar tidak timbul sebarang fitnah kemudian hari.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini,” tulisnya.

Pada masa sama, wanita berusia 55 tahun itu turut meminta orang ramai mendoakan supaya dirinya terus kuat untuk meneruskan kehidupan.

“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.

“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua.

Sekitar April lalu Fauziah memuat naik foto hitam putih seorang wanita bertudung bersama kapsyen ‘mengundang’ seolah-olah mengiyakan gosip mengenai seorang penyanyi dan pelakon popular era 1980-an berkahwin lagi dengan wanita muda.

Turut memberi bayangan berkenaan kemelut rumah tangganya dalam media sosial, selepas itu dia dilihat ke Mahkamah Syariah, namun Shila meminta keluarga mereka diberi ruang untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Terdahulu, ND Lala dan Fauziah baru meraikan ulang tahun perkahwinan mereka pada Februari lalu.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleDapat Layanan VIP Di Kampung Suami, sekali Tindakan Wanita Nikah Jejaka Bangladesh Dapat Perhatian Ramai
Next articleRiena Riana Kembali ‘Single’, Hati Masih Belum Terbuka Untuk Bercinta Lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here