Home Hiburan Riena Riana Kembali ‘Single’, Hati Masih Belum Terbuka Untuk Bercinta Lagi

Riena Riana Kembali ‘Single’, Hati Masih Belum Terbuka Untuk Bercinta Lagi

348
0

Pelakon yang meningkat naik, Riena Diana mendedahkan yang dirinya kini berstatus ‘single’ dan tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki.

Di ruangan story Instagram, Riena Riana membuat perkongsian tentang status perhubungannya dengan bekas kekasih, Nik Afiq. Dia berkata yang dia tidak lagi terikat dengan mana-mana lelaki dan masih banyak lagi benda yang dicapai dalam hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

“Tidak lagi nak bertolak ansur dengan apa-apa dan saya gembira dengan diri saya sendiri buat masa sekarang. Untuk sekarang ini, ya saya single, tak terikat dengan sesiapa pun.

Jadi, tolong berhenti tanya saya dah berbaik ke atau bergaduh ke sebab dah tak ada apa-apa yang berlaku antara kami berdua. Jadi tak ada apa nak dicakapkan lagi dah.

Apa-apa pun, sebuah perhubungan bukan segalanya. Perkahwinan bukan segala-galanya. Ada bahagian yang lebih besar dalam hidup yang lagi penting dari semua tu.

Jadi tolong la, ada banyak lagi yang perlu saya capai dalam hidup, bukan sekadar bercinta dan berkahwin sahaja..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

Menurutnya lagi, kini dia masih tidak membuka hati untuk menerima sesiapa. Buat masa sekarang dia ingin memperbaiki diri dan fokus terhadap dirinya terlebih dahulu.

Previous articleSudah Lama Tahan, sekali Ayat Zarina Zainuddin Sekolahkan ND Lala Mengejutkan ramai
Next articleSelepas Bercerai Dengan Diana Danielle, Ini Kehidupan Terkini Farid Kamil Buat Ramai Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here