Home Viral “So What’s The Point, Perkara Itu Tidak Penting…” – Diana Danielle

“So What’s The Point, Perkara Itu Tidak Penting…” – Diana Danielle

222
0

Diana Danielle mengakui bahawa dia dan suaminya, Farid Kamil, masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk di mahkamah sejak 31 Ogos lalu. Walau bagaimanapun, Diana menegaskan bahawa tindakan ini tidak mengubah apa-apa mengenai hubungannya dengan Farid yang telah kembali bersama.

“So, Whats the point? Perkara itu tidak penting sebab kami sudah secara rasmi rujuk…” – Diana Danielle

“Kami sudah rujuk secara rasmi dan tukar di atas kertas pun tidak mengubah apa-apa pun. Bukannya kami tak mahu failkan di mahkamah tapi itu semuanya untuk secara rasmi sahaja…” – Katanya

Diana menyatakan bahawa dia menganggap pengesahan rujuk itu tidak penting, dan pada masa ini, dia belum bersedia untuk hadir ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

“Nanti kalau sudah bersedia, kami akan lakukan. Lainlah kalau sebelum ini saya cakap tak pernah jadi (rujuk), maka akan berlaku konflik di situ…” – Tambahnya

“Semua orang pun sudah tahu kami telah rujuk malah secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa. Cuma secara undang-undang sahaja belum…” – Tambahnya lagi

Peguam yang mewakili Diana dalam kes perceraian sebelum ini, Datuk Akberdin Abdul Kader, telah menyatakan bahawa Farid dan Diana masih perlu ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan proses rujuk semula. Sebelumnya, pasangan itu mengejutkan ramai dengan pengumuman perceraian talak satu pada 10 Ogos, sebelum akhirnya rujuk semula tidak sampai sebulan setelah berpisah.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kami Mahu Penonton Enjoy The Show” – Mierul Aiman
Next article“Kalau Ada Jodoh Adalah, Kalau Takda Saya Jaga Lah Azal Sampai Hujung Nyawa…” – Zarina Zainuddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here