Home Viral “Kami Mahu Penonton Enjoy The Show” – Mierul Aiman

“Kami Mahu Penonton Enjoy The Show” – Mierul Aiman

339
0

Pelakon Mierul Aiman, atau Mohamad Amirul Aiman Norazam, memberikan penjelasan mengenai adegan ciuman antara Daiyan Trisha dan Hun Haqeem dalam drama “W Two Worlds”, yang telah mencetuskan perasaan kurang senang di kalangan warganet. Beliau menekankan bahawa setiap babak dalam drama tersebut melalui proses perbincangan sebelum dilaksanakan.

“Pembikinan W Two Worlds sangat-sangat kompleks maksudnya daripada ‘production value’. Pihak produksi meletakkan pelbagai tenaga, bajet..untuk menerbitkan cerita ini…” – Mierul Aiman

“Kami sebagai pelakon dalam drama ini, kami dipandu melalui skrip dan juga arahan pengarah jadi setiap kali babak kami akan ada ‘table talk’. Kita akan melalui proses itu dalam setiap babak seperti mana babak tersebut (adegan cium) yang terjadi…” – Katanya

Mierul juga yakin bahawa pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim, dan barisan pelakon telah bekerjasama untuk menjayakan adegan tersebut. Drama tersebut, seperti yang difahami, telah melalui proses penapisan sebelum disiarkan untuk memastikan kualiti yang sesuai dengan penonton.

“Kami percaya ketika masuk ke set penggambaran objektif pertama adalah untuk kita menceritakan apakah babak itu dan ianya perlu disampaikan dengan jelas kepada penonton. Mata penonton adalah mata pengarah…” – Tambahnya

“Saya percaya babak itu mereka ada table talk bersama dengan pengarah dan mereka duduk berbincang tentang bagaimana untuk menjayakan lakonan. Pelbagai lapisan kami lalui sebelum drama itu diterbitkan…” – Tambahnya lagi

Mierul menyampaikan pandangan tersebut semasa sidang media drama “The Cadets” di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Pada usia 25 tahun, aktor ini juga berharap agar matlamat utama penceritaan drama tersebut dapat difahami oleh penonton.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Tiktok, Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Isteri Saya Ni Baik Belaka MasyaAllah…” – PU Riz
Next article“So What’s The Point, Perkara Itu Tidak Penting…” – Diana Danielle

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here