Home Viral Siti Nordiana Tak Jadi Saman, Kes Lima Sekawan Berakhir

Siti Nordiana Tak Jadi Saman, Kes Lima Sekawan Berakhir

428
0

Kes saman fitnah bernilai RM2.5 juta antara penyanyi Siti Nordiana dan lima sekawan telah menemui jalan penyelesaian setelah hampir dua tahun melibatkan mahkamah. Mereka dilaporkan telah bermaaf-maafan, dan perkara tersebut telah disahkan oleh peguam Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin.

Peguam tersebut menyatakan bahawa perbicaraan tidak dapat diteruskan kerana terdapat perbincangan antara Siti Nordiana dan lima defendan, yang bertujuan menyelesaikan isu di antara mereka dengan baik. Persetujuan tersebut diumumkan secara terbuka di hadapan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

“Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi…” – Hakim

Hakim Mohd Johan menitipkan pesanan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan atau ucapan yang dilontarkan. Lima sekawan, termasuk penyanyi Lan Solo dan isterinya Syura Badron, bersama dengan Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad, membuat permohonan maaf dan Siti Nordiana juga tampil memohon maaf, menyatakan bahawa dia telah memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

Kontroversi bermula ketika lima sekawan itu membuat pendedahan yang mencemarkan nama baik melibatkan konflik dengan Siti Nordiana semasa sesi Instagram Live pada 20 Julai 2021. Kes ini sekarang telah menemui penyelesaian melalui perjanjian bermaaf-maafan di mahkamah.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleIsu Berjoget Dikecam, sekali Amir Ahnaf Mohon Netizen Buka Minda
Next article“Nasihat Agama Behar Tak Bagi Secara Openly…” – Azhar Sulaiman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here