Home Viral Isu Berjoget Dikecam, sekali Amir Ahnaf Mohon Netizen Buka Minda

Isu Berjoget Dikecam, sekali Amir Ahnaf Mohon Netizen Buka Minda

457
0

Pelakon Amir Ahnaf, yang sebelum ini dikritik atas aksi menarinya, meminta netizen untuk membuka minda dan memahami kerjaya sebagai seorang artis. Amir, atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 23 tahun, mempertahankan tindakannya tersebut dengan menyatakan bahawa yang ditonjolkan adalah seni ekspresi fesyen yang berasaskan karakter.

Walaupun begitu, Amir mengakui bahawa raut wajah kemelayuannya turut menjadi faktor yang membuat aksi tersebut tidak dapat diterima oleh ramai.

“Saya mohon netizen untuk buka sedikit minda menerima seni ekspresi fesyen sebab yang berjoget depan kamera itu bukan Amir Ahnaf, it hanya karakter yang saya bawa…” – Amir

“Mungkin juga sebab muka saya Melayu sangat aganya. Cuba kalau muka ‘jambu’ saya rasa mesti netizen okay sahaja…” – Katanya

Amir berkongsi pandangan ini ketika ditemui dalam sidang media pelancaran produk The Teh Tarix di Hotel W, Kuala Lumpur pada Ahad. Bagaimanapun, Amir menegaskan bahawa dia tidak menyalahkan netizen kerana setiap individu berhak untuk menyuarakan pendapat mereka.

“Itulah cara saya bekerja tapi apa yang saya boleh katakan semua orang ada perspektif masing-masing. Mereka boleh lontarkan pendapat sendiri…” – Tambahnya

“Tak salah untuk bersuara tetapi cuba untuk buka sedikit minda untuk berfikir ke arah seni. Barulah tidak nampak seperti kita ini tidak tahu apa-apa…” – Tambahnya lagi

Sebelum ini, Amir menerima kritikan daripada netizen disebabkan keberaniannya memakai jaket denim tanpa butang, yang menampakkan bentuk tubuhnya. Video tarian tersebut dimuat naik di aplikasi TikTok semasa berkongsi ‘bucket list’ yang berjaya dipenuhi, iaitu melakukan terjunan udara.

Walaupun aksi tariannya sebenarnya berunsur keriangan, netizen memperhatikan persamaan antara aksi Amir dan gaya anggota kumpulan BTS, Jungkook, dalam sebuah rakaman video bersama jenama fesyen terkemuka.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EH! (@ehmalaysia)

Sumber: Instagram, Mstar

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleVivy Yusof Jawab Persoalan Kenapa Buat Tudung Mahal-Mahal
Next articleSiti Nordiana Tak Jadi Saman, Kes Lima Sekawan Berakhir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here