Home Viral “Seorang Ibu Dengki Sanggup Guna Ilmu Hitam, Ada Niat Untuk Bun*h Anak...

“Seorang Ibu Dengki Sanggup Guna Ilmu Hitam, Ada Niat Untuk Bun*h Anak Sendiri lagi…” – Fathia Latiff

170
0

Artis yang menjadi tumpuan kontroversi, Fathia Latiff, kembali menarik perhatian netizen dengan memuat naik hantaran yang menggambarkan perasaannya tentang hubungan ibu dan anak.

Melalui perkongsian di Instagram, Fathia menyatakan kesedihannya melihat seorang ibu yang sanggup memutuskan hubungan antara adik-beradik sejak kecil. Tambahan pula, dia mengakui perasaan terkilan melihat seorang ibu yang mempunyai niat jahat untuk membahayakan anak sendiri.

“Sebagai seorang anak, tak perlu dipertikaikan tentang tinggi atau rendah iman seseorang. Tetapi sebagai seorang anak, amat sedih apabila seorang ibu cuba memecahkan belahkan adik-beradik daripada kecil…” – Fathia Latiff

“Sanggup menggunakan ilmu hitam dan sanggup mempunyai niat tidak baik membunuh anak sendiri, bapa menjadi mangsa keadaan. Cuba menyakinkan diri sakit walaupun sebenarnya tidak…” – Katanya

Walau bagaimanapun, Fathia enggan mendedahkan kepada siapa perkongsian tersebut ditujukan. Pada masa yang sama, bintang drama Arian Rose itu turut membicarakan mengenai penyalahgunaan kuasa apabila seseorang memendam perasaan dengki.

“Menyalah guna kuasa dan darjat akibat sikap dengki pada anak sendiri. Tidak pernah merasakan kasih sayang daripada seorang ibu dari kecil. Cuma wang, tekanan dan ketikdaadilan orang pada diri buat ibu rasa gembira…” – Tambahnya

“Atuk pernah cakap, kalau rasa diri terpaling cantik, 1000 lagi ada lebih cantik. Kalau rasa diri itu pandai, 1000 lagi ada yang lebih pandai. Terimalah kenyataan ini, walaupun saya berjalan seorang dalam dunia ini. Allah sudah cukup untuk saya…” – Tambahnya lagi

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Sumber: Intagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleKurang Kasih Sayang Bapa. Erra Fazira Tak Mahu Anak, Engku Elisya Tanggung Nasib Sama
Next article“Tiba Tiba Hujan Berhenti..” – Norreen Iman Kongsi Keajaiban Berlaku Jentik Hatinya Untuk Berubah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here