Home Hiburan Kurang Kasih Sayang Bapa. Erra Fazira Tak Mahu Anak, Engku Elisya Tanggung...

Kurang Kasih Sayang Bapa. Erra Fazira Tak Mahu Anak, Engku Elisya Tanggung Nasib Sama

166
0

Nama Erra Fazira cukup besar dalam industri seni tanah air. Sekarang sudah hampir 3 dekad dia berkarya dan menghiburkan peminat.

Bertanyakan soal anak, Erra Fazira memberikan perkongsian yang dia tidak mahu anaknya, Elisya terima nasib sama sepertinya.

“Saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak dapat kasih sayang bapa sebab itu saya nekad mahu anak saya (Elisya) dapat kasih sayang kedua-duanya sekali..”

“Saya sebagai ibu tidak mahu menggangu proses pembesarannya. Dia berhak untuk hidup bahagia.

Erra juga ada mengulas mengenai isu perebutan anak yang berlaku dalam kalangan selebriti. Menurutnya, salah seorang antara ibu atau bapa hendaklah mengalah dan menurunkan ego agar tidak memberi kesan yang buruk terhadap anak mereka.

“Ibu bapa perlu rendahkan ego masing-masing dan beri keutamaan kepada kebahagiaan anak selepas bercerai..”

“Bila bercerai keadaan memang tegang bila babitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan yang bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi dan kena fikir lebih soal anak..”

“Salah seorang juga kena mengalah dalam hal yang membabitkan soal penjagaan anak ini supaya tidak beri tekanan kepada mereka..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Di samping itu Erra ada juga memberi nasihat agar orang luar tidak perlu mengetahui isu pergaduhan sesebuah rumah tangga di media sosial.

“Susah dan senang kita tak perlu tunjuk pada orang. Ini kerana media sosial akan menggambarkan siapa diri kita yang sebenarnya kepada orang luar. Contohnya, kebahagiaan dan kesakitan kita tak perlu pun satu dunia tahu..”

Previous article“Siannya Ernie Banyak Kali Dipermainkan Dalam Industri, Dilayan Seperti Tiada Hati Dan Perasaan…” – Peminat Dedah Ernie Difitnah
Next article“Seorang Ibu Dengki Sanggup Guna Ilmu Hitam, Ada Niat Untuk Bun*h Anak Sendiri lagi…” – Fathia Latiff

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here