Home Viral “Semua Benda-Benda Pelik Ni, Pada Saya Tak Perlu…” – Asad Motawh Jujur...

“Semua Benda-Benda Pelik Ni, Pada Saya Tak Perlu…” – Asad Motawh Jujur Mengenai Sekolah

236
0

Penyanyi kacak, Asad Motawh, mengakui dengan jujur bahawa dirinya tidak suka sekolah dan merasakan itu merupakan perkara yang membazirkan masanya.

As’ad Ahmad Muhammad Motawh membuat kenyataan tersebut ketika berada dalam sesi podcast bersama pempengaruh dan usahawan, Azri Walter dan Yousaf. Dalam sesi podcast tersebut, mereka membincangkan topik sistem persekolahan, di mana Azri Walter bertanya kepada As’ad Motawh mengenai pandangannya terhadap sekolah.

“As’ad, sekolah ini apa (pandangan kamu)…” – Azri Walter.

Kemudian, penyanyi berusia 23 tahun itu menjawab bahawa kebanyakan masa yang dilaluinya di sekolah ketika masih muda adalah perkara yang membuang masa.

“Bagi saya, ketika saya masih muda… As’ad rasa macam dari segi semua yang saya lakukan ini, kebanyakan masa yang saya lakukan di sekolah adalah membuang masa sebenarnya…” – As’ad Motawh

“Bagi saya, benda yang As’ad belajar dan benda yang As’ad buat sekarang tiada kaitan sangat dengan sekolah…” – Katanya

“Seperti dari segi mempelajari Sains sehingga ke tahap ‘advance’, semua benda-benda pelik ini.. dan pada pendapat saya, tak perlu…” – Katanya lagi

Meskipun tidak berminat dengan sekolah, As’ad mengingatkan remaja di luar sana agar tidak mengikuti langkahnya. Dia menyatakan bahawa keputusan untuk berhenti sekolah diambil kerana hasrat untuk membina sesuatu dalam hidupnya, terutamanya pada masa itu ketika dia telah memiliki 300,000 pengikut di Instagram dan bergelar penyanyi.

Lihat Posting di bawah:
IMG 7377

Sumber: Youtube Youcast

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Tak Payah Berangan Nak Datang, Jumpa Di Padang Mahsyar Nanti..” – Rita Rudaini Dedah Aidil Zafuan Tak Pernah Endah Hal Anak Sejak Kecil
Next article“Bagus Ryan Bakery Ni, Berani Kerana Benar..” – Sedar Kekhilafan, Ryan Bakery Pulang Bayaran Jenama Diboikot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here