Home Uncategorized “Bagus Ryan Bakery Ni, Berani Kerana Benar..” – Sedar Kekhilafan, Ryan Bakery...

“Bagus Ryan Bakery Ni, Berani Kerana Benar..” – Sedar Kekhilafan, Ryan Bakery Pulang Bayaran Jenama Diboikot

466
0

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Ryan Bakery bertindak memulangkan bayaran membabitkan kempen jenama produk yang diboikot atas solidariti terhadap rakyat Palestin. Ryan berkata dia akui resah sekiranya meneruskan kerja mempromosikan kempen membabitkan barangan buatan zionis. Tambah Ryan, dia berkata yang keberkatan dalam mencari rezeki adalah lebih penting.

“Sebelum ini saya ada terima ‘job’ dari jenama produk diboikot dan ada yang masih mempunyai baki perlu selesaikan..”

“Saya akui perkara ini membuatkan saya resah kalau saya buat kerja itu (promosi barang zionis), duit sudah digunakan sebab tugas sudah lama disiapkan..”

“Sesebuah kempen ada tempoh serta tarikh tertentu yang menuntut saya untuk ‘post’ kandungan bagi produk tersebut. Jadi, saya terpaksa berunding untuk ‘potong’ (batalkan), sebab faham perkara ini terlalu sensitif..”

“Jujurnya, apa yang berkenaan produk diboikot, saya terpaksa ‘potong’, yang mana sudah dikeluarkan, saya biarkan..”

Ryan juga bersyukur kerana pihak endorsement dan client kerana memahami pendiriannya.

“Saya percaya dengan rezeki Allah. Saya tiada rasa ragu-ragu dan maklumkan kepaada endorsement, minta maaf pada mereka kerana saya tidak boleh perkara ini. Alhamdulillah client dan pada pihak pengurusan, Indigital Music faham mengenai pendirian saya..”

“Bagi saya, keberkatan dalam pekerjaaan sangat penting dan kalau boleh saya elakkan perkara melibatkan barangan Israel. Dulu memang saya kurang cakna, sekarang apabila saya tahu, barulah saya mula buka mata dan faham..”

Info tambahan, Ryan Bakery baru shaja menimang cahaya mata pertamanya baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada Ryan. Moga terus diberkati dan maju jaya dalam dunia seni.

Previous article“Semua Benda-Benda Pelik Ni, Pada Saya Tak Perlu…” – Asad Motawh Jujur Mengenai Sekolah
Next article“Semua Benda Nak Marketing Zaman Sekarang Ni..” – Alif Teega Dan Aisyah Hijanah Bakal Lancar Lagu ‘Teristimewa’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here