Home Sedih “Sedapnya Mulut Mereka Kata Saya Anak Derhaka…” – Azwan Ali dedah peristiwa...

“Sedapnya Mulut Mereka Kata Saya Anak Derhaka…” – Azwan Ali dedah peristiwa ketika kehilangan Ibu Tercinta

190
0

Pengacara dan pelakon, Azwan Ali mendedahkan dia hanya membuat solat jenazah ghaib ketika kehilangan ibunda tercintanya, Mak Tom pada tahun 2017.

‘Kalau balik timbul 1001 negatif’

Menerusi satu sesi podcast yang disertainya, Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Haji Ali berkata tindakan yang dilakukannya itu adalah atas nasihat yang diberikan seorang ustaz kepadanya.

Teringatlah ustaz tu kata, kalau saya pulang dengan 1001 cerita negatif lebih baik saya buat solat jenazah ghaib untuk arwah daripada jauh.

Ini ekslusif ya belum pernah didedahkan walaupun dah dikecam apa semua.

Jadi disebabkan kesibukan dan sebab baru tahu yang mak saya dah tiada, saya ke masjid di KLCC dan masjid Bangsar untuk melakukan solat jenazah ghaib sehinggalah arwah mak saya dikebumikan (dari jauhlah).

Menurut Azwan, sekiranya dia pulang, akan mendatangkan pergaduhan dan prasangka buruk.

Sebab kalau balik menimbulkan syak wasangka, pergaduhan dan fitnah lebih baik saya tidak pulang.

Meskipun menerima kecaman teruk namun Azwan memilih untuk ‘menelan’ segala kata-kata negatif yang telah dilemparkan.

Waktu itu saya seorang diri, hanya Allah yang tahu tapi tak apa saya dah lalui.

Sedapnya mulut mereka kata saya anak derhakalah apa semua kan tapi tak apalah, Allah maha mengetahui kenapa saya tak balik, kenapa saya meraung-raung dalam masjid macam orang gila seorang diri.

Yang ‘pergi’ tu orang yang saya sayang dan yang mengata tu dia tak tahu cerita yang benar, yang penting saya dengan Allah, dengan arwah mak.

Sekadar info, Azwan Ali teruk dikecam sehinggakan dilabel sebagai anak derhaka kerana tidak pulang ketika arwah ibunya, Che Tom Yahaya meninggal dunia pada 17 Februari 2017 yang lalu.

Lihat klip video di bawah:

@brosgangtv Antara perkongsian sedih Diva AA dekat podcast BGTV ialah tidak sempat melawat arwah ibunya semasa baru meninggal.. #Fyp #foryourpage #tiktokmalaysia #brosgangtv #bgtv #podcast ♬ original sound – BROSGANGTV

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleMinta Anak ‘Botak’kan Kepala Sebelum Jalani Kemoterapi, Sekali Responnya Pula Buat Ramai Yang Sebak
Next articleMasak Tom Kha Gai Sendiri, sekali Ira Kazar Ajar Netizen Cara Nak Pikat Suami

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here