Home Viral “Sayang memang Sayang, Inilah Pengajaran Kerana Mulut Badan Binasa…” – Ali Puteh...

“Sayang memang Sayang, Inilah Pengajaran Kerana Mulut Badan Binasa…” – Ali Puteh Selesai Jual Piala MLM

364
0

Baru-baru ini telah tular ketika pelawak yang dikenali sebagai Ali Puteh telah menjual hampir ke semua barangan beharga miliknya di platform Tiktok.

Beliau telah membuat ‘Live’ di platform tersebut dan mula menjual barangan miliknya seperti motorsikal, joran memancing serta piala Maharaja Lawak Mega (MLM) miliknya.

Ketika melakukan siaran langsung di platform media sosial tersebut, beliau sempat juga menitiskan air matanya kerana sebak dengan situasi yang telah dihadapinya.

Seorang rakannya telah memuat naik beberapa foto di Tiktok, bahawa ke semua piala MLM milik Ali Puteh telah selesai terjual.

“Sayang memang sayang, terjual semua piala kenangan. Insyallah, ada rezeki lain nanti…” – Katanya

Melihat ke ruangan komen, ramai yang turut memberikan kata-kata semangat buat Ali. Ada juga yang menyuruh agar Astro mengambil Ali semula untuk bekerja agar dapat menyelesaikan hutangnya terhadap balu Abam Bocey, Hidayah. Namun, ruangan komen telah ditutup oleh pemilik akaun Tiktok tersebut.

Lihat posting di bawah:
IMG 0962

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Anak Saya Pergi Sekolah Orang Ejek, ‘Bapak Kau Makan Harta Anak Yatim’..” – Ali Puteh
Next article“Dosa Untuk Kamu, Pahala Untuk Saya…” – Ryzal Ibrahim Kesal Dengan Warganet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here