Home Isu Semasa Saari Amri Beri Teguran Kepada Dato’ Hattan, Buat Ramai Yg Setuju

Saari Amri Beri Teguran Kepada Dato’ Hattan, Buat Ramai Yg Setuju

320
0

Saari Bin Jusoh atau dikenali sebagai Saari Amri merupakan seorang komposer, penulis lirik dan penerbit album Malaysia. Beliau dilahirkan pada 13 April tahun 1966, berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Beliau juga merupakan komposer muda yang dianggap pelopor muzik 1990-an, dan sudah menghasilkan lebih 600 buah lagu ciptaannya berada di pasaran. Nama beliau dikenali kerana menghasilkan rangkaian koleksi lagu-lagu popular yang terus menjadi siulan sehingga kini.

Dalam video klip ini menunjukkan Saari Amri telah ditemuramah oleh wartawan daripada MStar menanyakan beberapa soalan mengenai isu Hattan yang telah ‘sekolah’kan pembaca berita ketika siaran langsung. Beliau mengatakan sudah mengenali Dato’ Hattan sekian lama, beliau juga memberi teguran kepadanya untuk mengawal cara percakapan itu. Saari Amri turut tidak kisah dengan komen-komen netizen minta pembaca berita tersebut untuk memohon maaf kepada beliau kerana tidak ambil tahu mengenainya.

Netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mengatakan Saari Amri sepatutnya mendapat gelaran Datuk kerana nama beliau telah berbakti dalam industri muzik Malaysia ini. Ada juga yang mengatakan bersetuju dengan komen beliau tanpa mengikut emosi dan dalam keadaan tenang. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 152.4K penonton, 8580 sukaan dan 275 komen.

Baca lagi: Dato’ Hattan ‘Sekolahkan’ Wartawan Ketika Siaran Langsung

Baca lagi: “Suara Dia Sebijik Macam Allahyarham Mael” -Netizen

Lihat klip druasi pendek komen dari Saari Amri:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Aleng channel: patut Bagi gelaran Dato bagi kt saari Amri sbb dia yg bnyk cipta lagu bg penyanyi nyanyi..byk bakti kt muzik indstri mlysia ni

@purnamamerindu: please come back Abg Saari Amri industri muzik mengalu2kan kehadiran Abg…

@pemburu~bayang: abg saari amri ni mmg jenis humble… suka tgok cara dia bercakal dgn org., tinggi Dan kaya dgn budi bahasa.. Respect

@habibzulhilmi: knpa dia tk dpt title dato ehh..lagu² ciptaan dia bukan biasa² matt

@AMENTZ 30: Permata negara… Hargailah beliau selagi ada… Shaari amri… Legend

@Mr.Tuchel: komposer pling aq respeck brpe kali tolak twnrn dato dgt humble

@Shah Min987: ini org bab laju jiwang..mmg dialah raja .lagu sting apa semua..kuat dgn lagu dia

@K-ryXflanker426: ini baru betol orang yg banyak jasa dlm industri,jauh level ngan hattan tu. ini orang bg dato pun dia tolak oooo

@Budak Gim: Dato Awie pun rockers jgk. Ok je cara dia ckp dgn wartawan

@Azizi Omar: Kami membesar dgn lagu² xpdc.. Juga layan lagu² ukays.. Zaman karaoke rm1 selagu

@kromiumMy: antara legend selain allayarham loloq n datuk m nasir, lirik lagu dia..berhantu

@user5057616685888: setuju setuju bang…..sepatutnya tv3 tanye abg ajew…..abg lagi power

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Siapalah yang buang dari atas ni, habis kereta orang” -Netizen
Next article“Bercinta Dengan Engku Emran..” – Kali Ini Fiza Halim Sendiri Beri Jawapan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here