Home Dunia Dato’ Hattan ‘Sekolahkan’ Wartawan Ketika Siaran Langsung

Dato’ Hattan ‘Sekolahkan’ Wartawan Ketika Siaran Langsung

226
0

Menerusi perkongsian video klip ini disiarkan oleh akaun Instagram Ohmymedia.cc, dan telah ditular baru-baru ini.

Dato’ Haji Mohd Shukri bin Shahbudin atau dikenali sebagai Hattan merupakan seorang penyanyi, pelakon dan penggubah lagu Malaysia. Beliau dilahirkan pada 21 Disember tahun 1964, berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan. Lagu ‘Memburu Rindu’ ciptaan M.Nasir telah menaikkan nama Hattan selaku penyanyi solo yang popular di awal tahun 1991. Sebelum beliau bergiat aktif sebagai penyanyi solo Hattan pernah menganggotai Kumpulan FRU dan pernah merakamkan album berjudul Kelahiran pada tahun 1988.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Dato’ Hattan ditemuramah melalui panggilan di siaran Astro Warna. Beliau disoal mengenai lagu-lagu oleh kumpulan band terkenal iaitu XPDC yang dikhabarkan vokalisnya telah meninggal dunia pada 27 April 2023 baru-baru ini. Namun respon beliau ‘sekolahkan’ wartawan tersebut telah raih perhatian ramai.

Dato’ Hattan juga memberi beberapa soalan kepada wartawan itu, menyatakan bahawa wartawan tersebut tidak tahu nama-nama penulis lagu dari kumpulan XPDC tetapi bertanya soalan kepada beliau. Respon beliau juga seperti mengeluh apabila mendengar jawapan dari wartawan itu.

Baca lagi: “Dato’ Hattan Macam Tak Puas Hati Je tuu..” – Francissca Peter Buat Persembahan Di Pentas Terpaling Juara

Baca lagi: “Ko Rasa Ko Betul, Ko Punya Pasal Laa..” – Hattan Respon Mengenai Ifa Raziah yang banyak menjawab

Lihat klip durasi pendek Dato’ Hattan ‘sekolahkan’ wartawan ketika siaran langsung:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OH MY MEDIA (@ohmymedia.cc)

Vokalis kumpulan XPDC ‘Mael’ yang berusia 55 tahun telah menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor akibat sesak nafas sekitar jam 8.41 malam. Berita pemergian Mael atau nama sebenarnya ialah Syed Ismail Syed Ibrahim itu disahkan oleh anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha. Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai punca kematian bapanya.

sinetronmalaya.com Dato Hattan Sekolahkan Wartawan Ketika Siaran Langsung aaa

Anak perempuan Allahyarham telah menyebarkan satu kiriman teks menerusi aplikasi Whatapps, mengatakan:

“Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis, 27 April di Hospital Muar”

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia

Previous articleTular! Pemandu Lori Diminta Tampil Beri Keterangan Mengenai Kes Ini
Next articlePuteri Sarah Dakwa Pernah Diceraikan 2 Kali
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here