Peti Sejuk boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan kerana cara campuran pelbagai jenis makanan serta kaedah penyimpanan yang tidak betul.
Bagi sesiapa yang berdepan dengan masalah seperti ini, apa kata cuba petua mudah yang dikongsikan oleh Leha Yusof untuk menghilangkan bau busuk dalam peti ais di rumah anda.
1. Daun Pandan
Gunakan bahan mudah ini sebagai pewangi semula jadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja di dalam peti sejuk anda semalaman.
Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.
2. Roti
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga mengering.
Bau yang kurang menyenangkan itu pasti akan beransur hilang.
3. Serbuk Penaik/Baking Soda
Tabur serbuk penaik atas dulang atau piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.
Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.
4. Cuka Putih
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.
Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.
5. Oat
Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk.
Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.
Min harap info ini bermanfaat untuk anda, dan selamat mencuba ya!
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: InfoRakyat