Home Viral “Pertama Kali Tengok Iklan Tapi Muka Artis Kena Censored…” – Tindakan Kitsui...

“Pertama Kali Tengok Iklan Tapi Muka Artis Kena Censored…” – Tindakan Kitsui Yang Memadamkan Wajah Ruhainies Raih Tumpuan Ramai

117
0

Setelah insiden khalwat yang melibatkan Aliff Aziz dan Ruhainies baru-baru ini, jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kitsui, telah melancarkan satu iklan Kitsui Ramadan Greeting dan Kitsui Raya. Iklan produk tersebut menampilkan 3 selebriti terkenal iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid, dan Ruhainies.

Mengenai isu khalwat yang melibatkan Ruhainies, Kitsui berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan mereka kerana rakaman itu dilakukan pada Disember 2023.

“KITSUI TIDAK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK, KELAKUAN BURUK ATAU KONTROVERSI…” – KITSUI

Oleh itu, Kitsui memutuskan untuk memuat naik iklan produk mereka dengan menyensor muka Ruhainies dan memohon maaf kepada semua pihak.

Situasi ini pasti akan memberikan kesan negatif kepada reputasi Ruhainies, walaupun beliau sudah mengeluarkan kenyataan semalam.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleTerlambat Hantar Anak Ke Sekolah, Ayah Siap Tolong Panjat Pagar Angkut Anak
Next article“Sijil Nikah Mereka Ada Pada Saya. Kalau anak saya memilih untuk dia hidup bermadu, teruskan…” – Abby Abadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here