Home Uncategorized “Sijil Nikah Mereka Ada Pada Saya. Kalau anak saya memilih untuk dia...

“Sijil Nikah Mereka Ada Pada Saya. Kalau anak saya memilih untuk dia hidup bermadu, teruskan…” – Abby Abadi

87
0

Selebriti, Abby Abadi, mengakui bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand, dan dia sempat menceritakan kronologi kejadian tersebut semasa ditemu bual.

Menurut laporan dari Astro Gempak, Abby Abadi menyatakan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah telah memberikan petunjuk bahawa anaknya, Marissa Dania Hakim, telah ‘hilang’, dan apabila disedari, ternyata remaja tersebut sudah berada di Thailand.

“Melalui CCTV. Saya pelik kawan anak saya (Marissa) keluar dari rumah tanpa pengetahuan saya pada hari kejadian. Hari Marissa dan Aslam menikah…” – Abby

“Tapi saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak, tahu-tahu sudah di Thailand…” – Katanya

Walaupun sehingga hari ini Marissa dan Mohd Aslam belum memberikan kenyataan rasmi berhubung status mereka, namun Abby Abadi mengakui bahawa Marissa dan Aslam telah nikah di Thailand. Namun, belum dapat disahkan sama ada pasangan tersebut telah mendaftarkannya di Malaysia.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan, menyatakan bahawa dia tidak begitu mengenali peribadi Mohd Aslam, tetapi dia menerima jika pernikahan tersebut sudah terjadi.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Pertama Kali Tengok Iklan Tapi Muka Artis Kena Censored…” – Tindakan Kitsui Yang Memadamkan Wajah Ruhainies Raih Tumpuan Ramai
Next article“Dia Dah Terlepas Ke Thailand. Dia Letak Kawan Dekat Rumah Untuk Ganti Dia..” – Abby Abadi Kongsi Kisah Anak Kahwin Lari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here