Home Isu Semasa “pernah ditwarkan RM30,000 ttp mnolak” – (video) Pminat Trsendiri, Jrulatih Muay Thai...

“pernah ditwarkan RM30,000 ttp mnolak” – (video) Pminat Trsendiri, Jrulatih Muay Thai Kata Kcing Pmbawa Rzeki.

226
0

Begitulah kisahnya mengenai lelaki ini yang mula membela s3ekor anak kucing, kira-kira tujuh tahun lalu.

Kini, Muhammad Danish Noraiman Norizam, 20, memiliki lapan ekor kucing di kediamannya yang terletak di Ampang, Selangor.

Mesra disapa Denoz, pelajar bidang Bisnes itu mengakui kehadiran si bulus banyak membawa rezeki yang tak disangka-sangka buatnya.

“Kucing-kucing ini dah saya anggap macam keluarga sendiri. Kalau kucing sakit, terus kita risau sebab dah sayang sangat.

“Walaupun terpaksa habiskan hampir RM1,000 setiap bulan untuk makanan kucing, kami tak pernah rasa ia membazir malahan tak pernah duit tak cukup.

“Walau kita dah habiskan duit untuk kucing, tetap rezeki ini Allah bagi cukup. Betul orang kata bela kucing ni bawa rezeki,” ujarnya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Denoz yang turut bekerja sebagai jurulatih Muay Thai di sebuah gim, kehadiran lapan ekor kucing yang diberi nama Chitot, Chichi, Planet, Jay, Coco, Kaneki, H dan Shopee turut menjadi terapi untuk diri.

denoz3

Kucing-kucing peliharaan Denoz.

Biarpun tugas membela kucing sangat mencabar, Denoz tidak pernah merungut sebaliknya gembira dapat ‘berbakti’ untuk kucing-kucingnya.

“Banyak cabaran bila bela kucing. Antaranya kita kena bersihkan sangkar selalu. Kalau malas, nanti banyak kuman.

Tapi pada pandangan saya, daripada kita beli kucing, sebaiknya kita ambil dan rawat kucing-kucing jalanan.

DENOZ

“Masa awal-awal bela dulu, ada seekor kucing saya m4ti dir4cun. Tapi tak tahu siapa yang buat. Memang s3dih.

“Tapi kucing-kucing ini boleh hilangkan tekanan. Setiap kali str3ss, saya akan lepak dengan kucing-kucing. Kadang-kala bawa tidur sekali. Sekurang-kurangnya ada peneman bila sunyi,” ujarnya lagi.

Menurut Denoz, dia juga tak sangka akan meraih hampir 60,000 pengikut sejak aktif berkongsi video kucing menerusi aplikasi TikTok.

denoz 4

Biarpun masih belajar, Denoz turut bekerja sebagai jurulatih Muay Thai.

Lebih mengejutkan, ada individu menawarkan wang RM30,000 untuk membeli seekor anak kucing miliknya yang diberi nama Shopee.

“Memang ada yang minta nak beli kucing saya. Tapi sejak dulu, saya tak pernah jual. Ada yang tawarkan sehingga RM30,000 untuk beli baby Shopee.

“Saya pun terkejut. Kalau ikutkan, kucing saya ni pun bukannya baka yang berharga puluhan ribu ringgit. Mungkin dia suka baby Shopee agaknya.

denoz 5

Kehadiran kucing yang diberi nama Shopee mencvri perhatian netizen.

“Tapi pada pandangan saya, daripada kita beli kucing, sebaiknya kita ambil dan rawat kucing-kucing jal4nan. K3sian tak bertuan.

“Ramai juga yang tanya kenapa letak nama Shopee. Sebenarnya anak kucing itu lahir pada 9 September lalu, ketika hari promosi gedung beli-belah dalam talian Shopee,” ujarnya berseloroh.

Sumber:mStar

Previous article“Rzeki Intan Ladyana & Harris Alif Lebih Luas” – Slepas 10 Blan Brgelar Suami Isteri.
Next article“Bnda baik bt apa nk sorok…” – Nora Ariffin Pilih Cikgu, Bakal Kahwin Tahun Ini.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here