Home Viral Perkahwinan Adik Beradik Terhamil Anak Abang Sendiri, Lakonan Hannah Delisha dan Aedy...

Perkahwinan Adik Beradik Terhamil Anak Abang Sendiri, Lakonan Hannah Delisha dan Aedy Ashraf Raih Tumpuan Ramai

38
0
created by photogrid

Sekarang, drama yang berjudul Lelaki Itu menjadi perbualan hangat di kalangan orang ramai apabila ia menampilkan cerita mengenai perkahwinan di antara saudara sendiri tanpa pengetahuan mereka.

Drama yang dibintangi oleh Aedy Ashraf dan Hannah Delisha itu menggambarkan situasi yang telah membangkitkan banyak pertanyaan mengenai status perkahwinan mereka.

Ini termasuklah bagaimana pasangan tersebut akan menerima berita tentang hubungan darah mereka dan bagaimana mereka akan menangani kedatangan anak sulung mereka.

Kejutan dan kesedihan menyelubungi hati orang ramai apabila Babak di mana Batrisya (Hannah Delisha) memberitahu Khairullah (Aedy Asyraf) tentang kehamilannya.

Namun, kesedihan mereka bertambah lagi apabila mereka memikirkan nasib anak yang dijanin oleh Batrisya setelah mengetahui status ‘nikah fasid’ mereka, yang tidak sah menurut undang-undang nikah kerana ada pertalian darah dan nasab di antara mereka.

“I pregnant. Sayang, macam mana dengan anak kita nanti? I nak anak ni…”

“Dia tak salah, jangan bagi dia seksa. Macam I tengah seksa sekarang…” – Batrisya kepada Khairullah.

Setelah topik tersebut menjadi perbualan umum, peguam syarie yang dikenali sebagai Fahmi Ramlie muncul untuk memberikan penjelasan mengenai status perkahwinan mereka dan kehamilan yang sedang dihadapi.

Menurut peguam syarie, pasangan itu dikehendaki untuk memisahkan diri dengan membuat permohonan Faraq Nikah di Mahkamah Syariah, yang bertujuan untuk membatalkan perkahwinan mereka.

Selain itu, mereka juga perlu memohon pengampunan dan bertaubat atas kesalahan yang tidak disengajakan berkaitan dengan isu perkahwinan di antara saudara sendiri.

Lihat klip video di bawah:

@imyourdaisyyy Pregnant anak abang dia sendiri 🥺 #aedyashraf #hannahdelisha #lelakiitu #tv3malaysia #samarinda #dramasangat ♬ tertawan hati – gabut woi

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Harga Lesen Kereta RM2700, Kenapa Harga Lesen Semakin Mahal Ya…” – Ubai
Next article“Betul-Betul Meremang Dan Menusuk Kalbu, Penerus Legasi Mamat Exist..” – Adik Amir Lancar Lagu Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here