Baru seminggu MRT Laluan Putrajaya mula beroperasi pada 16 Mac lalu, tetapi masalah teknikal mula timbul.
Kelmarin ramai pengguna diuji kesabaran pada hari pertama Ramdan apabila perkhidmatan mengalami gangguan akibat masalah suis trek pada waktu sibuk petang.
Seorang pengguna Twitter berkongsi video seorang kakitangan di Stesen Ampang Park memaklumkan bahawa tren tidak akan bergerak dan menasihatkan penumpang yang dalam perjalanan ke Kajang untuk menaiki LRT.
UPDATE: MRT PUTRAJAYA CANCEEEELLLLLLLL
NAH AKU BAGI VIDEO SEKALI STAFF ANNOUNCE PAKAI MEGAPHONE
AVOID MRT PUTRAJAYA LINE IMMEDIATELY
FIND OTHER WAYSS@askrapidkl TUTUP JER LA PINTU STESEN KAT LUAR TU SEKALI KALAU MACAM NI 🤬
APA NI @MOTMalaysia BARU TRIAL DAH BARAI 🤬 https://t.co/H3VllTwkGv pic.twitter.com/zAfu66vJKd
— Syefri Zulkefli 🇲🇾 (@chapree) March 23, 2023
Gangguan perkhidmatan itu turut dikongsi oleh @askrapidkl. Mereka mengatakan bahawa kereta api bergerak lebih perlahan dan akan berhenti lebih lama daripada jangkaan apabila tiba berhampiran Stesen Kampung Batu.
Baca juga : “Wanita Korea Teruja Tengok Rakyat Malaysia Sangat Sopan”-Kalau Dekat Korea Ni….
Baca juga : “Org Mcm Ni Patut Viral Sebanyak Mungkin”-Situasi Di LRT Tarik Perhatian Netizen
Selepas 20 minit, tweet sekali lagi mengatakan bahawa kereta api itu dipandu secara manual antara Stesen Kampung Batu dan Stesen Kentomen dan akan berhenti lebih lama daripada jangkaan semasa kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.
Masalah itu akhirnya selesai pada jam 6 pagi hari ini, namun ramai di media sosial tertanya-tanya bagaimana ini boleh berlaku kepada laluan kereta api baharu.
Rata-rata pengguna ramai yang tidak berpuas hati dengan masalah yang timbul itu, lebih-lebih lagi ketika bulan puasa, semua bergegas ingin pulang ke rumah membuat persiapan berbuka puasa.
Sumber : Twitter