in ,

“Pengguna Berang MRT Buat Hal”-Padahal Baru Seminggu Dilancarkan

sinetronmalaya.com mrt gv 3

Baru seminggu MRT Laluan Putrajaya mula beroperasi pada 16 Mac lalu, tetapi masalah teknikal mula timbul.

Kelmarin ramai pengguna diuji kesabaran pada hari pertama Ramdan apabila perkhidmatan mengalami gangguan akibat masalah suis trek pada waktu sibuk petang.

Seorang pengguna Twitter berkongsi video seorang kakitangan di Stesen Ampang Park memaklumkan bahawa tren tidak akan bergerak dan menasihatkan penumpang yang dalam perjalanan ke Kajang untuk menaiki LRT.

Gangguan perkhidmatan itu turut dikongsi oleh @askrapidkl. Mereka mengatakan bahawa kereta api bergerak lebih perlahan dan akan berhenti lebih lama daripada jangkaan apabila tiba berhampiran Stesen Kampung Batu.

Baca juga : “Wanita Korea Teruja Tengok Rakyat Malaysia Sangat Sopan”-Kalau Dekat Korea Ni….

Baca juga : “Org Mcm Ni Patut Viral Sebanyak Mungkin”-Situasi Di LRT Tarik Perhatian Netizen

Selepas 20 minit, tweet sekali lagi mengatakan bahawa kereta api itu dipandu secara manual antara Stesen Kampung Batu dan Stesen Kentomen dan akan berhenti lebih lama daripada jangkaan semasa kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

Masalah itu akhirnya selesai pada jam 6 pagi hari ini, namun ramai di media sosial tertanya-tanya bagaimana ini boleh berlaku kepada laluan kereta api baharu.

Rata-rata pengguna ramai yang tidak berpuas hati dengan masalah yang timbul itu, lebih-lebih lagi ketika bulan puasa, semua bergegas ingin pulang ke rumah membuat persiapan berbuka puasa.

 

Sumber : Twitter

Avatar of Nur Fatihah

Written by Nur Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sinetronmalaya.com nasi gv 1

“Jual Nasi Ayam Dengan Hanya RM4”-Tak Takut Rugi, Yang Penting Semua Mampu Beli

SinetronMalaya.ComJauh

“Kemain Jauh Rumah Adik Tu Ye”-Rezeki Di Bulan Puasa Dpt Tolong Orang