Home Isu Semasa Ganjaran Akan Diberikan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Kes Rasuah

Ganjaran Akan Diberikan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Kes Rasuah

55
0

Penjawat awam yang melaporkan kes rasuah sehingga membawa kepada sabitan boleh diberi ganjaran wang.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pemberi maklumat kepada kerajaan akan diberi ganjaran sama seperti tawaran suapan kerana mereka membantu dalam membanteras kegiatan rasuah.

Tambahnya, melalui dasar sedia ada, seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1 juta antara 2012 hingga 2023 kerana mendedah serta melaporkan kes rasuah yang membawa kepada sabitan.

Di bawah Strategi Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024-2028 yang baru diumumkan Mei lalu, Azam menjelaskan, skim sama boleh diperluaskan kepada masyarakat umum, namun ia masih dalam peringkat cadangan.

Katanya, SPRM satu-satunya agensi penguat kuasa yang menggunakan sepenuhnya undang-undang itu dan sejak tujuh tahun lalu, sudah mempromosikannya kepada orang ramai bahawa mereka harus menjadi pemberi maklumat.

Sumber: Buletin TV3

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Jangan Percaya Sesiapa, Hidup Ni Penuh Dengan Plot Twist” – Ruhainies
Next article“Sama Sama Kita Nikmati Perjalanannya” – Jalani Kehidupan Baru Sebagai Ibu Tunggal, Ayat Puteri Sarah Buat Bella Astillah Sentuh Hati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here