Home Isu Semasa Akibat Jalan Banjir, 3 Calon SPM Naik Helikopter Ke Sekolah!

Akibat Jalan Banjir, 3 Calon SPM Naik Helikopter Ke Sekolah!

117
0

3 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM, dari Kampung Orang Asli Punan yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar menaiki helikopter ke sekolah untuk menduduki peperiksaan atas bantuan pasukan bomba dan JPAM kelmarin.

Menurut Bernama, Pemangku Pengarah PBPM Johor, Mohd Rizal berkata, pelajar yang berusia 18 tahun itu menaiki helikopter jenis Agusta Westland AW189.

sinetronmalaya.com spm bg

Difahamkan 3 pelajar itu sepatutnya menduduki peperiksaan amali sains SPM pada Isnin lalu (30 Januari) tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan jalan yang menghubungkan ke sekolah mereka dinaiki air.

Baca juga : KBS, KPM dan MAVA batal lesen jurulatih bola tampar tampar pelajar

Baca juga : Kegembiraan 7 Rakan Bertukar Tragedi, Pelajar Sekolah Lemas Di Tasik Cermin

“Bagaimanapun, berdasarkan pertimbangan SMK Notar, 3 calon itu dibenarkan menghadiri ujian hari ini (31 Januari). Kesemua mereka akan tinggal di asrama sekolah sepanjang tempoh peperiksaan SPM,” jelas Mohd Rizal.

Ketika ini, jumlah mangsa banjir di Johor mencecah seramai 1,373 orang membabitkan penduduk dari Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.

sinetronmalaya.com spm bhbn

Macam-macam halangan yang ditempuhi oleh pelajar untuk ke sekolah. Dahulunya kita tengok pelajar sekolah di Sabah yang jetinya roboh sewaktu ingin ke sekolah. Habis basah kuyup segala baju serta buku.

Semoga pengorbanan dan usaha ini akan terbalas dengan kejayaan kelak.

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Allahuakhbar, Kembang Tekak” – Operasi Bersepadu KKM Temui Kedai Kotor
Next articleLuar Rumah Teres Dlm Banglo, Wawa Zainal Hadiahkan Sebuah Rumah Utk Ibu Bapanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here