Home Isu Semasa “Nak Tengok Bunga Api Je, Bukan Buat Apa-apa Pun..” – Pasangan...

“Nak Tengok Bunga Api Je, Bukan Buat Apa-apa Pun..” – Pasangan Ditangkap Khalwat Di Malam Tahun Baru

273
0

Kulim: Ketika dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Taman Kemuning, Seorang wanita memberi alasan hanya mahu bersiar-siar sambil menonton pertunjukan bunga api sempena malam sambutan Tahun Baharu 2023 awal pagi hari ini.

hasil pemeriksaan mendapati, wanita berusia 32 tahun berstatus ibu tunggal itu turut membawa anak lelakinya berusia sembilan tahun untuk mengaburi perbuatannya itu, Kata Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad

Katanya lagi, dia dan pasangannya yang berusia 22 tahun yang masih bujang itu dicekup pada 1.35 pagi tadi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang diketuai pegawai, Azwan Azman.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang berpakaian lengkap membuka pintu bilik dan membenarkan pemeriksaan dilakukan.”

“Pada waktu itu, terdapat seorang wanita bersama seorang kanak-kanak lelaki berada di dalam bilik berkenaan, namun hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan suami isteri atau mahram dan disyaki berkhalwat,” Ujarnya lagi.

Menurut sumber daripada Anwar Shariffudin, hasil siasatan lanjut mendapati wanita itu mendakwa sudah empat tahun hidup menjanda selepas berpisah dengan bekas suaminya.

Katanya, anak mereka sebelum ini tinggal bersama bekas suaminya di Selangor namun pulang tinggal bersamanya di sini sempena cuti sekolah.

“Pada mulanya wanita itu mengaku sudah bertunang dengan lelaki berkenaan sebagai helah untuk mengelak daripada dicekup namun selepas ditanya berulang kali, dia akhirnya mengaku baru hendak bertunang tahun ini.

“Mereka mendakwa berkenalan melalui Facebook (FB), sejak lebih tiga bulan lalu,” katanya.

Anwar berkata, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen mengesahkan sebagai suami isteri atau mahram, dan ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Previous article“Dah Keluar Gua, Nak Play Victim Pulak..” – Puteri Sarah ‘Perli’ Kenyataan Syamsul Yusof
Next articleAsyik Stress Phone ‘Hang’ Dan Tak Laju? Rupanya Ada Cara Nak Buat Phone Kita Laju Macam Baru Beli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here